Utusan Borneo (Sarawak)

Ambil tindakan ke atas ‘Bozz Jebat’ kerana hina Abang Johari, Tiong: Idris

-

Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan ke atas Zool Amali Hussin atau lebih dikenali sebagai ‘Bozz Jebat’ kerana menghina Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Idris Buang menegaskan tindakan menghina Abang Johari jelas perbuatan jenayah dan melanggar Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

“Saya dengan rendah diri menggesa polis segera membuat siasatan untuk membawa ‘Bozz Jebat’ ke muka pengadilan,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar, semalam.

Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) MuaraTuang­merujukkep­ada satu video yang tular dalam media sosial menunjukka­n Zool Amali yang merupakan bekas ahli UMNO dari Negeri

Sembilan membuat kenyataan menghina Abang Johari dan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Kira-kira 50 ahli Persatuan Kebajikan Sahabat Pembina Insan Sarawak (SAHABAT) Daerah Kuching dan Persatuan Warisan Anak Sarawak (WARIS) membuat laporan polis terhadap Zool Amali di Balai Polis Gita dekat sini, malam kelmarin.

“Mengambil kira beberapa laporan polis telah dibuat oleh rakyat Sarawak, saya dengan rendah diri meminta ‘Bozz Jebat’ yang video menghina di Facebook beberapa hari lalu dipanggil dan disoal siasat,” katanya.

Idris menambah dengan membuat kenyataan yang menghina itu, terutamany­a ke atas Abang Johari yang dapat dilihat dengan jelas dalam video berkenaan, Zool Amali telah menyebabka­n kegusaran dan provokasi yang dengan mudah boleh berlaku seterusnya menggugat keamanan dalam kalangan rakyat Sarawak.

“Zool Amali telah menyalahgu­nakan platform media sosial dan melanggar Seksyen233­AktaKomuni­kasi danMultime­diaMalaysi­ayang boleh membawa hukuman penjara dan denda,” katanya yang juga seorang peguam.

 ?? IDRIS ??
IDRIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia