Utusan Borneo (Sarawak)

Kembar anak orang utan pertama di Sarawak berita baik

Ia dilihat oleh pemandu pelancong Borneo Adventure Paul Matthew dan Lemon Praddy di Nanga Sumpa, Batang Ai

- Oleh Jessica Jawing Ketua Pegawai Eksekutif SFC

KUCHING: Kembar anak orang utan yang pertama di negeri ini dilihat berhampira­n Borneo Adventure, Nanga Sumpa di Batang Ai, baru-baru ini.

Penemuan itu dibuat oleh pemandu pelancong Borneo Adventure Paul Matthew dan Lemon Praddy serta tiga pelancong pada 16 Januari 2024.

Menurut Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC), kembar anak orang utan itu dilihat berhampira­n dengan pondok Borneo Adventure, Nanga Sumpa dan diperhatik­an selama 45 minit sebelum mereka bergerak ke dalam hutan hujan.

Borneo Adventure telah menamakan kembar itu Paul dan Lemon sempena nama pemandu pelancong yang pertama melihat kembar berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif SFC Abang Arbi Abang Aimran berkata, kemunculan kembar itu sememangny­a berita baik.

“Ia menunjukka­n kawasan yang dipelihara mempunyai habitat hidup dan makanan yang mencukupi untuk ibu membekalka­n khasiat untuk kembar.

“SFC juga akan terus bekerjasam­a dengan sektor swasta dan komuniti untuk memastikan populasi itu terus kekal selama-lamanya,” katanya semalam.

Jelasnya, kembar adalah kejadian yang sangat jarang berlaku dalam kalangan orang utan.

Katanya, membesarka­n anak kembar bukanlah mudah bagi ibu orang utan itu kerana ia perlu memegang dua bayi di kanopi hutan hujan yang tinggi dan mencabar.

Malah, terdapat risiko bayi orang utan itu boleh kehilangan cengkaman dan terjatuh apabila ibu mereka bergerak melalui kanopi.

Katanya, ibu orang utan juga mesti mencari lebih banyak makanan supaya dia dapat menghasilk­an susu yang mencukupi untuk

Ia menunjukka­n kawasan yang dipelihara mempunyai habitat hidup dan makanan yang mencukupi untuk ibu membekalka­n khasiat untuk kembar.

Abang Arbi Abang Aimran

memberi makanan kepada anak kembarnya.

“Semua ini bergantung pada persekitar­an yang selamat dan produktif yang menyediaka­n makanan dan habitat yang

mencukupi untuk orang utan terus hidup.

“Namun kita bersyukur kerana landskap hulu Sungai Delok di Batang Ai terus menyediaka­n habitat ini,”

katanya.

Abang Arbi berkata, kembar anak orang utan itu memberikan peringatan tepat pada masanya tentang kepentinga­n alam semula jadi Sarawak dan tanggungja­wab untuk melindungi warisan ini.

Borneo Adventure telah menjalanka­n lawatan di kawasan berkenaan sejak 1987 dengan kerjasama masyarakat tempatan.

Komitmen jangka panjang komuniti dan syarikat terhadap pemulihara­an telah menghasilk­an produk pelanconga­n yang mampan dan populasi orang utan dan hidupan liar yang berkembang maju.

Kebanyakan kawasan di luar kawasan perlindung­an sedia ada kini telah ditetapkan sebagaikaw­asanpemuli­haraan untuk melindungi hutan yang diperlukan bagi memastikan kemandiria­n orang utan di habitat semula jadi mereka.

Keputusan ini berdasarka­n maklumat yang dikumpul semasa tinjauan sarang orang utan pada 2012 dan 2013 yang menunjukka­n kepentinga­n kawasan itu untuk pemulihara­an.

Usaha ini dibantu dan disokong oleh Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan SFC bersama Persatuan Pemulihara­an Hidupan Liar (WCS), Borneo Adventure dan masyarakat setempat.

Hakikat bahawa kawasan berkenaan merupakan habitat orang utan yang berharga dan juga menyediaka­n mata pencarian melalui pelanconga­n adalah sebab utama kawasan itu menjadi kawasan pemulihara­an.

 ?? ?? BERSEJARAH: Kembar anak orang utan bersama ibu mereka yang pertama di Sarawakkel­ihatan di Borneo Adventure, Nanga Sumpa di Batang Ai.
BERSEJARAH: Kembar anak orang utan bersama ibu mereka yang pertama di Sarawakkel­ihatan di Borneo Adventure, Nanga Sumpa di Batang Ai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia