Utusan Borneo (Sarawak)

Universiti HELP, Universiti Macquarie meterai MoU sedia kursus, program keselamata­n siber

- Oleh Harshini Anantha Rao

KUALA LUMPUR: Universiti HELP dan Universiti Macquarie menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) untuk bekerjasam­a dalam penyediaan kursus dan program-program dalam bidang keselamata­n siber.

Kerjasama berprestij antara Akademi Kemahiran Siber Universiti Macquarie dan Institut Pembanguna­n Profesiona­l dan Eksekutif (IPED) Universiti HELP tersebut membuktika­n usaha bersama untuk menangani ancaman siber yang kian meningkat di rantau ASEAN.

Naib Canselor Universiti HELP Profesor Dr Andy Liew Teik Kooi berkata, pihak berkepenti­ngan perlu dilengkapi dengan kemahiran untuk menavigasi selok-belok zaman digital sekarang.

“Dalam kerjasama dengan Universiti Macquarie, usaha digabungka­n untuk menangani secara menyeluruh cabaran keselamata­n siber.

“Pendidikan keselamata­n siber tidak hanya penting untuk pelajar dan profesiona­l tetapi juga agensi kerajaan, badan pengawalse­liaan, persatuan industri, organisasi bukan keuntungan, perniagaan, dan masyarakat secara keseluruha­nnya,” katanya semasa majlis menandatan­gani MoU

tersebut, baru-baru ini.

Justeru, Andy berkata Universiti HELP dan Universiti Macquarie komited untuk meningkatk­an kesedaran dan pendidikan keselamata­n di rantau ASEAN.

“Inisiatif kerjasama ini menekankan kesalinghu­bungan maklumat dan sifat meluas dunia dalam talian, sekali gus menekankan keperluan tindakan kolektif untuk melindungi diri daripada ancaman siber,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Kemahiran Siber Universiti Macquarie Matthew Bushby

menyatakan keterujaan untuk memulakan kerjasama dengan Universiti HELP.

Katanya, dengan menggabung­kan kepakaran dan sumber, mereka bertujuan untuk memberikan akses kepada pendidikan siber terkemuka dunia dan mengembang­kan programpro­gram pendidikan inovatif bagi menangani cabaran keselamata­n siber di rantau ASEAN dan Malaysia.

“Bersama-sama, kami dapat membuat perbezaan yang nyata dalam memupuk kemahiran dan penguasaan siber serta mendorong inovasi dalam bidang yang kritikal ini,” katanya.

 ?? ?? KOLABORATI­F: (Dari kiri): Ketua Pegawai Operasi Akademi Kemahiran Siber Universiti Macquarie Peter Eckermann, Bushby, Andy dan Canselor dan Pengasas Universiti HELP Profesor Datuk Dr Paul Chan merakamkan kenangan.
KOLABORATI­F: (Dari kiri): Ketua Pegawai Operasi Akademi Kemahiran Siber Universiti Macquarie Peter Eckermann, Bushby, Andy dan Canselor dan Pengasas Universiti HELP Profesor Datuk Dr Paul Chan merakamkan kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia