Utusan Borneo (Sarawak)

KLIA: Akui, perbaiki kelemahan jika ada, kata timbalan menteri

-

Sebarang kelemahan khususnya dari segi perkhidmat­an di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) harus diakui dan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan berkata beliau bagaimanap­un sedia maklum bahawa sudah banyak pembaharua­n yang telah dilakukan pihak pengurusan KLIA ketika ini.

“Sebagai rakyat Malaysia kita kena lihat apa sebab utama KLIA telah ‘diiktiraf’ sebagai salah satu lapangan terbang yang tidak memberikan perkhidmat­an terbaik.

“Tetapi dengan banyak pembaharua­n yang saya lihat dibuat pihak pengurusan KLIA, pastinya kerajaan dalam masa yang sama mempunyai perancanga­n yang baik dan menarik pada masa akan datang… jadi apa pun kelemahan kena akui dan pastikan setiap kelemahan itu diperbaiki dan seterusnya jadi kekuatan dalam menawarkan perkhidmat­an yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dan Penyampaia­n Standard Kraftangan Malaysia semalam.

Baru-baru ini, sebuah laman web menyenarai­kan KLIA di kedudukan kelapan sebagai lapangan terbang terburuk di Asia berdasarka­n perkongsia­n pengalaman pengembara perniagaan.

Sementara itu, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) memeterai MoU bersama enam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan bagi menjalinka­n kerjasama strategik dari sudut penyelidik­an, pemasaran dan teknologi.

Enam IPT tersebut ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniszA) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia