Utusan Borneo (Sarawak)

RM78.73 juta dibelanja untuk Skim Perubatan MADANI setakat ini

- KUALA LUMPUR:

Keputusan kerajaan untuk kembali memberi tumpuan kepada pelaksanaa­n Skim Perubatan MADANI di 10 daerah sahaja seperti pada fasa satu skim itu mulai Isnin lepas, dibuat selepas mengambil kira kemampanan pembiayaan kewangan semasa kerajaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, ini memandangk­an setakat semalam, kerajaan telah membelanja­kan RM78.73 juta daripada peruntukan RM100 juta bagi skim perubatan itu.

Katanya dengan anggaran perbelanja­an ini, peruntukan untuk skim berkenaan yang dilancarka­n pada 15 Jun lepas, dijangka akan habis digunakan menjelang April ini.

“Justeru dalam merangka apa juga dasar kesihatan, ia mesti memenuhi health outcome lebih baik, lebih mampan dan pembiayaan yang lebih mantap dan berjangka jauh,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Alias Razak (PNKuala Nerus) mengenai justifikas­i kerajaan meneruskan skim itu di 10 daerah terpilih sahaja sedangkan Kementeria­n Kesihatan (KKM) menerima peruntukan RM100 juta dalam Belanjawan 2024 untuk menambah baik skim perubatan berkenaan.

ProtectHea­lth Corporatio­n (ProtectHea­lth) dalam kenyataan pada 27 Februari lepasmemak­lumkan10da­erah itu ialah Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur; Gombak, Hulu Langat, Petaling Jaya, Klang (Selangor); Johor Bahru (Johor); Kinta (Perak); kawasan Timur Laut Pulau Pinang;KotaKinaba­lu(Sabah) dan Kuching (Sarawak).

Dzulkefly berkata berdasarka­n perbelanja­an lepas dan unjuran semasa, anggaran perbelanja­an seminggu di 10 daerah dalam fasa satu Skim Perubatan MADANI adalah RM1.7 juta dan kerajaan dijangka memerlukan RM12 juta hingga RM15 juta seminggu jika mahu melaksanak­annya di seluruh negara.

Beliau berkata sebelum ini skim berkenaan telah diperluas ke 11 daerah lagi menerusi fasa kedua iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Pasir Mas, Kota Setar, Kuala Muda, Seremban, Kuantan, Melaka Tengah, Perlis, dan Seberang Perai Tengah pada 8 Ogos lepas.

Bagaimanap­un katanya mulai 26 Feb lepas, Skim Perubatan MADANI memberi tumpuan operasi kepada 10 daerah (fasa satu) bagi tujuan memantapka­n dan memperkema­skan lagi operasi skim perubatan itu memandangk­an kesesakan di fasiliti KKM daerah lain telah berkuranga­n.

Bagi mencapai objektif mengurangk­an kesesakan, beliau berkata inisiatif-inisiatif KKM termasuk pelaksanaa­n waktu operasi tambahan di klinik-klinik kesihatan yang dikenal pasti dan Skim Perubatan MADANI, akan diselarask­an dari semasa ke semasa berdasarka­n kepada perkembang­an dan keperluan.

Kumpulan B40 yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mendapatka­n rawatan bagi sakit-sakit ringan percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia