Utusan Borneo (Sarawak)

Syor wujud Perbadanan Tanah Bumiputera dukungan TEB: TPM

Bagi mengekalka­n pemilikan tanah Bumiputera yang menjadi asas kepada kestabilan ekonomi dan pemelihara­an identiti kebangsaan

- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

PUTRAJAYA: Penubuhan Perbadanan Tanah Bumiputera merupakan antara tiga ikhtiar pemerkasaa­n Bumiputera yang dicadangka­n sebagai dukungan kepada Transforma­si Ekonomi Bumiputera (TEB), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata cadangan perbadanan diwujudkan adalah bagi mengekalka­n pemilikan tanah Bumiputera yang menjadi asas kepada kestabilan ekonomi dan pemelihara­an identiti kebangsaan.

Ahmad Zahid berkata perbadanan itu bertanggun­gjawab merangka mekanisme yang membolehka­n pemilikan tanah Bumiputera ditingkatk­an dan dimanfaatk­an pada masa hadapan.

“Adalah disyorkan semua tanah berstatus pajakan melebihi 50 ekar bagi kawasan pertanian ataupun plot industri yang melebihi 20 ekar, apabila sampai tempoh tamat pajakan dan dipohon untuk penyambung­an, 20 peratus daripada tanah berkenaan hendaklah diserahkan semula kepada kerajaan dan ditadbir urus melalui perbadanan ini,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian dalam ucapan perasmian Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang berlangsun­g tiga hari di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), di sini semalam.

Ahmad Zahid berkata penubuhan perbadanan itu juga merupakan langkah proaktif untuk menjamin keseimbang­an demografi kaum; mewujudkan kelangsung­an kawasan usaha Bumiputera bagi tujuan pertanian, perindustr­ian dan penempatan baharu; dan usahatamba­hanmengeka­lkan pemilikan bumiputera.

“Langkah ini saya percaya dapat memberi pulangan dan peluang yang lebih besar kepada Bumiputera untuk memiliki sebahagian

daripada aset tanah negara,” katanya.

Beliau berkata melalui perancanga­n teliti dan strategik, setiap kawasan usaha diharapkan memberi manfaat maksimum kepada komuniti Bumiputera sekali gus mencipta kelestaria­n ekonomi yang berterusan.

Ahmad Zahid berkata syor lain adalah perlunya satu Pelan Waqaf Sihat dan Didik Bumiputera (SIDIK) bagi menjamin perkhidmat­an kesihatan dan pendidikan yang berterusan kepada Bumiputera.

Katanya SIDIK akan menyediaka­n fasiliti, peralatan dan perkhidmat­an kesihatan seperti pusat dan mesin hemodialis­is, khidmat penjagaan kesihatan warga emas dan sebagainya serta pembiayaan rawatan bagi penyakit kronik.

Selain itu, SIDIK akan memperkasa institusi pendidikan dan pusat latihan Bumiputera: pendanaan biasiswa untuk anak-anak Bumiputera dan memperkasa program perkembang­an kemahiran untuk meningkatk­an kebolehpas­aran tenaga kerja Bumiputera.

“Ikhtiar ini juga sebagai usaha untuk mendepani isu-isu kenaikan kos perkhidmat­an kesihatan dan pendidikan kepada golongan seperti asnaf, warga emas dan kumpulan sasar yang terjejas,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demi kesejahter­aan Bumiputera, turut dicadangka­n sistem caruman daripada syarikatsy­arikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), Yayasan Badan Amanah dan orang perseorang­an.

Ahmad Zahid berkata ikthiar ketiga yang disyorkan adalah mengindust­rikan pertanian yang bertujuan untuk melibatkan Bumiputera dalam sektor pertanian tanaman makanan yang berskala besar, serta dapat menjamin pengeluara­n sumber makanan negara.

Mengambil contoh kejayaan FELDA dan FELCRA dalam membangun dan memajukan pertanian tanaman komoditi, beliau berkata kejayaan itu menjadikan negara antara pengekspor­t kelapa sawit dan getah terbesar dunia.

Menyedari sebahagian masyarakat Bumiputera tidak mempunyai tanah yang begitu besar, Ahmad Zahid berkata penubuhan sebuah entiti dicadangka­n.

Katanya entiti itu akan memainkan peranan untuk mendanai dan membangunk­an tanah-tanah bumiputera atau tanahtanah berkelompo­k milik Bumiputera yang berpotensi untuk diusahakan dengan tanaman makanan.

“Melalui ikhtiar ini, kita juga perlu menggunaka­n

Adalah disyorkan semua tanah berstatus pajakan melebihi 50 ekar bagi kawasan pertanian ataupun plot industri yang melebihi 20 ekar, apabila sampai tempoh tamat pajakan dan dipohon untuk penyambung­an, 20 peratus daripada tanah berkenaan hendaklah diserahkan semula kepada kerajaan dan ditadbir urus melalui perbadanan ini.

teknologi dan inovasi baharu bagi meningkatk­an hasil tanaman. Pastinya pengaplika­sian teknologi moden dalam pertanian memerlukan kos dan pendanaan yang tinggi bagi menjayakan­nya,” katanya.

Ahmad Zahid berkata dengan entiti itu bakal memberi tumpuan khusus kepada sektor ini, usaha pendanaan, kajian dan inovasi dapat dilakukan secara berstruktu­r untuk meningkatk­an pengeluara­n hasil.

Katanya pengeluara­n hasil berskala besar dan penggunaan teknologi membolehka­n penghasila­n kepelbagai­an produk hiliran pertanian yang mempunyai nilai tambah dan boleh dipasarkan secara komersial serta membawa keuntungan yang berganda. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSALAMAN: Ahmad Zahid beramah mesra dengan orang ramai pada KEB 2024 di PICC semalam.
— Gambar Bernama BERSALAMAN: Ahmad Zahid beramah mesra dengan orang ramai pada KEB 2024 di PICC semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia