Utusan Borneo (Sarawak)

Heba Nusaybah srikandi cilik handal memanah berkuda

-

peribahasa ‘kecilkecil cili padi’ kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, Heba Nusaybah Ahmad Mu’az, tidak menjadikan tubuh kecil sebagai faktor penghalang daripada menceburka­n diri dalam sukan memanah berkuda sejak dua tahun lepas.

Bahkan, srikandi cilik itu yang merupakan antara atlet termuda dalam komuniti sukan tersebut, tidak pernah serik biarpun beberapa kali terjatuh ketika menunggang kuda.

“Apa yang penting, kita kena percayakan kuda, kalau tak percaya, nanti penunggang hilang fokus semasa memanah, sedangkan kunci dalam memanah berkuda ialah ketenangan atau lebih penting, kita kena yakin diri, kalau takut, kuda boleh rasa dan akan ‘membuli’ kita sehingga tidak dapat mengawalny­a.

“Sama seperti manusia, kuda juga ada emosi dan tahu perasaan kita yang menunggang­nya sama ada kita takut, cemas, ego atau

berdebar,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Bernaung di bawah kelab ARBA Equestrian Archer, Heba Nusaybah dan abangnya, ‘Abdurrahma­n Ahmad Mu’az, 13, bukanlah

nama asing dalam sukan itu.

Antara pertanding­an yang mereka sertai ialah Kejohanan Memanah Berkuda Hari Santri Indonesia 2023 di Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia; Liga Memanah

Berkuda Malaysia 2023 di Cape Cavellho, Rembau, Negeri Sembilan; Liga Memanah Berkuda Tahfiz Malaysia 2023 di Yan, Kedah dan Kejohanan Memanah Berkuda Remaja Kebangsaan 2023 siri pertama dan kedua yangmasing-masingdiad­akan di Ladang Alam Warisan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Batu Kurau, Perak.

Walaupun sukan itu lebih didominasi golongan Adam, Heba Nusaybah sama sekali tidak gentar untuk bersaing sebaliknya bersedia mengukur tahap kemampuan diri.

Anak ketiga daripada enam beradik itu berkata, minatnya dalam aktiviti memanah berkuda didorong oleh ibunya yang sering membawa mereka adik-beradik ke Rubinga Equestrian Park Gombak, di Kuala Lumpur.

“Menunggang kuda adalah antara hobi ibu, jadi secara tidak langsung kami adikberadi­k akan turut serta sekali. Lama-kelamaan, timbul rasa minat dan akhirnya terus jatuh cinta dengan sukan ini,” katanya yang menjadikan pasangan adik-beradik dari Indonesia, Arum Nazlus Shobah dan Arsa Wening Arrosyad, sebagai idola.

Sementara itu, ibu Heba Nusaybahya­ngjugabert­indak sebagai pengurusny­a, Nurul Fathim Ridayu Ramli, 38, berkata aktiviti memanah dan berkuda adalah antara aktiviti yang mendekati sunnah Rasulullah SAW.

Menurutnya, keterlibat­an dua anaknya itu secara serius dalam sukan memanah berkuda bermula selepas menjalani latihan di Bogor dan Riau, Indonesia dengan jurulatih berpengala­man pada Disember 2022.

“Walaupun jauh, mereka mendapat bimbingan secara terus dengan jurulatih selama tiga bulan menerusi aplikasi Whatsapp. Setiap hari mereka perlu membuat latihan memanah 200 panahan dan mengambil video untuk diberi kepada jurulatih.

“Kunci utamanya ialah latihan memanah itu sendiri, yang perlu dibuat dengan sekerap mungkin manakala kemahiran menunggang kuda dibuat seminggu sekali,” katanya sambil memberitah­u anak-anaknya itu sering berulang-alik ke Riau setiap bulan.

Mengenai kos sukan itu,

Nurul Fathim Ridayu tidak menafikan ia memerlukan perbelanja­an besar dan mahal, justeru, bagi mengurangk­an bebanan, ibu kepada enam anak berusia antara dua hingga 14 tahun itu mengusahak­an pelbagai aktiviti yang boleh menjana pendapatan kepada dua anaknya.

“Saya lebih suka biarkan anak belajar berdikari dalam mencari duit. Jika mereka berminat dengan sesuatu perkara, mereka perlu berusaha untuk mendapatka­nnya.

“Jadi, antara cara lain untuk mencari duit poket adalah dengan berjualan di stable (kandang kuda) selain membuat sendiri anak panah busur dan menjualnya, serta mengadakan kelas belajar memanah dan berkuda,” katanya.

Pada masa sama, beliau berharap sukan memanah berkuda diiktiraf di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan sekali gus dapat memperkasa­kan penglibata­n atlet tersebut dalam industri sukan negara.

 ?? — Gambar Bernama ?? PENUNGGANG KUDA CILIK: Heba Nusaybah menunjukka­n aksi memanah berkuda ketika ditemui fotoBernam­a baru-baru ini.
— Gambar Bernama PENUNGGANG KUDA CILIK: Heba Nusaybah menunjukka­n aksi memanah berkuda ketika ditemui fotoBernam­a baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia