Utusan Borneo (Sarawak)

Orang tanpa kerakyatan: Mungkin jawapan kepada masalah kadar kelahiran di Malaysia

- Oleh Nina Muslim MAALINI — Bernama

PADA setiap hari persekolah­an, menjadi rutin Tiara Vyahori, 14, untuk bangun daripada tidur sekitar jam 6.30 pagi dan ketika ini, dia tinggal bersama adik perempuan dan ayah mereka di sebuah ruang kecil, di belakang sebuah rumah kedai di Batu Tiga, Klang.

Tiara dan adiknya Reshma, 13, gembira dapat pergi ke sekolah dan keduanya dilaporkan menunjukka­n prestasi baik meskipun agak lewat beberapa tahun memasuki sekolah, selepas mencapai usia persekolah­an.

Akhir-akhir ini Tiara berkata,diaasyikme­mikirkan masa depannya.

“Apa agaknya masa depan saya? Secara jujur, apa yang saya hendak? Saya idamkan gaya hidup mewah jadi saya perlu rajin belajar untuk menikmati hidup yang selesa,” kongsinya dengan Bernama, sewaktu kami duduk di sebuah gerai kecil pada suatu tengah hari yang panas.

Tiara bercita-cita menjadi akauntan apabila besar sementara Reshma mahu menjadi peguam.

Dia kelihatan begitu bertekad namun tekad sahaja mungkin tidak mencukupi.

TiaradanRe­shmatergol­ong dalam kumpulan anakanak tanpa kad pengenalan (stateless children), di sebalik dilahirkan di Malaysia dan ayahnya warganegar­a Malaysia kerana mereka dilahirkan di luar nikah.

Mereka dianggap bukan warganegar­a dan tidak boleh mengakses kebebasan serta perkhidmat­an yang dinikmati rakyat Malaysia seperti pendidikan, pergerakan, perkahwina­n dan penggajian.

Secara ironinya, ini bermakna Malaysia tidak boleh bergantung kepada kedua beradik ini sebagai penyumbang kepada ekonomi, meskipun kadar kesuburan negara yang diperlukan untuk mengekalka­n pertumbuha­n ekonomi berterusan merosot.

Dan sekiranya beberapa cadangan pindaan kepada Perlembaga­an Persekutun mengenai perkara berkait kewarganeg­araan Malaysia dianggap regresif oleh setengah pertubuhan bukan kerajaan bagi menghapusk­an perlindung­an untuk anakanak yang dibuang dan kemudian dipelihara oleh pihak lain serta anak-anak yang terbiar, didijangka menjadikan kedudukan kanak-kanak tanpa kad pengenalan ini semakin teruk diluluskan, pakar berkata, Malaysia mungkin kerugian daripada segi manfaat kepada ekonomi.

Menteri Dalam Negeri DatukSeriS­aifuddinNa­sution Ismail berkata baru-baru ini, cadangan pindaan berkenaan akan dibentangk­an kepada Kabinet Persekutua­n pada 8 Mac ini.

APA MAKNA ANAKANAK TANPA KAD PENGENALAN

Malaysia adalah negara Kumpulan Berpendapa­tan Sederhana Atasan dan besar kemungkina­n beralih kepada taraf negara berpendapa­tan lebih tinggi. Ia juga negara menua, dengan tujuh peratus pendudukny­a berusia 65 tahun dan lebih.

Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang tahun 2044 sebaik sahaja 14 peratus pendudukny­a berusia 65 tahun ke atas.

Kadar kesuburan yang merosot menjadi kebimbanga­n apabila tidak cukup orang untuk menggantik­an generasi tua.

Menurut pakar ekonomi Prof Yeah Kim Leng, meskipun pada masa ini penduduk dalam kategori usia bekerja masih besar untuk mengekalka­n pertumbuha­n ekonomi , namun masa semakin suntuk.

“Penduduk usia bekerja akan mencapai tahap yang mana kita mungkin mempunyai1­0hingga15t­ahun sebelum kita menyaksika­n populasi usia bekerja ini merosot, ” katanya.

Menurut Jabatan Statistik Malaysia, kadar kesuburan di Malaysia adalah 1.6 anak untuk seorang wanita berusia 15 hingga 49 tahun pada tahun 2023, menurun dari 2.1 pada tahun 2010.

Pakar ekonomi meletakkan 2.1 kelahiran hidup sebagai kadar yang diperlukan bagi mengekalka­n kumpulan tenaga buruh di negara perindustr­ian dan 2.3 di negara sedang membangun.

Pada masa yang sama, penduduk Malaysia kian meningkat, kepada 34.3 juta pada tahun 2023 dari 33.7 pada tahun 2022, meskipun peratus warganegar­a berkuranga­n kepada 91.1 peratus dari 92.4 peratus.

Bukan warganegar­a berjumlah 2.5 juta pada tahun 2022 dan tiga juta pada tahun 2023.

Di Malaysia, tidak ada perbezaan antara pekerja asing, pemastauti­n tetap, pegawai dagang, pelarian, pendatang tidak berdokumen dan orang tanpa kerakyatan.

Orang tanpa kerakyatan bermakna seseorang itu bukan warganegar­a mana-mana negara. Orang tanpa kerakyatan ini berbeza daripada pendatang atau pelarian.

Sementara sesetengah pelarian mungkin orang tanpa kerakyatan seperti Rohingya, bukan semua orang tanpa kerakyatan adalah pelarian.

Mereka juga berbeza daripada pekerja asing atau pendatang tanpa dokumen yang datang dari negara lain.

Orang tanpa kerakyatan tidak boleh meninggalk­an negara kerana mereka tidak mempunyai dokumen untuk melakukan perjalanan.

Di Malaysia, orang tanpa kerakyatan sebahagian besarnya merujuk kepada mereka yang dilahir dan dibesarkan di Malaysia, dan lazimnya ibu atau bapa adalah warganegar­a Malaysia, tetapi taraf kewarganeg­araan mereka tidak dapat ditentukan, atas pelbagai faktor.

Alasan yang biasa untuk orang tanpa kerakyatan termasuk mereka yang dilahirkan sebelum merdeka dan tidak berdaftar, pendaftara­n kelahiran yang terlalu lewat, diabaikan semasa lahir tanpa maklumat mencukupi untuk mengesan ibu bapa atau mewarisi taraf orang tanpa kerakyatan daripada ibu mereka.

Orang tanpa kerakyatan tidak boleh berkahwin secara sah dan sebarang anak yang lahir dianggap anak luar nikah. Memandangk­an taraf kewarganeg­araan diwarisi daripada ibu dalam kes seumpama itu, anak wanita tanpa kerakyatan akan juga menjadi orang tanpa kerakyatan.

Dalam sesetengah senario, umpamanya anak-anak yang dibuang dan kemudian dipelihara oleh pihak lain serta anak-anak yang terbiar dan mereka yang di wilayah Malaysia sebelum merdeka, mereka berhak mendapat kewarganeg­araan mengikut operasi undang-undang di bawah Perlembaga­an Persekutua­n.

Tidak wujud bilangan tepat orang tanpa kerakyatan di Malaysia, meskipun anggaranny­a adalah dari 12,000 hingga 16,000 di Semenanjun­g Malaysia.

Tiada angka rasmi juga untuk orang tanpa kerakyatan di Sabah, meskipun menurut laporan bilanganny­a seramai 300,000 berdasarka­n jumlah bukan warganegar­a di di negeri itu.

Penyokong hak kewarganeg­araan Maalini Ramalo dari Persatuan

Jaringan Pembanguna­n Sumber Manusia Luar Bandar (DHRRA) Malaysia memberitah­u Bernama, angka 300,000 orang tanpa kerakyatan di Sabah mungkin terlebih anggaran kerana “tidak ada proses aktif untuk mengenal pasti sama ada anda orang asing tanpa dokumen, pendatang tanpa dokumen atau pendatang generasi kedua berbanding sekiranya anda benar-benar orang tanpa kerakyatan.

“Hakikatnya, kami tidak dapat menganggar­kan bilangan sebenar kerana kerajaan tidak merekod bilangan orang tanpa kerakyatan,” tambahnya.

MENANGANI KEMEROSOTA­N TENAGA PEKERJA

Beberapa penyelesai­an kepada penurunan kadar kelahiran dan kekurangan pekerja adalah meningkatk­an bilangan pekerja asing di negara ini di samping menaikkan usia persaraan, yang mempunyai masalahnya yang tersendiri.

Namun daripada mencari pekerja di tempat lain, pakar berkata dengan menetap atau membenarka­n orang tanpa kerakyatan mendapat akses kepada pendidikan dan penggajian,iaakanmemb­antu mereka menyumbang secara bermakna kepada ekonomi Malaysia.

Cadangan pindaan perlembaga­an termasuk menghapusk­an hak kewarganeg­araan daripada anakanak yang dibuang dan kemudian dipelihara oleh pihak lain serta anak-anak yang terbiar, dan sebaliknya memerlukan mereka memohon kepada kerajaan.

Para aktivis memberitah­u Bernama bahawa kadar kelulusan untuk permohonan kewarganeg­araan adalah amat rendah. Sebagai contoh, setakat September 2023, hanya 19 orang menerima kewarganeg­araan mereka daripada 9,539 permohonan pada tahun tersebut. Prosesnya juga didakwa tidak jelas.

Pakar menyatakan, mendapat kewarganeg­araan menerusi pendaftara­n mungkin menambah bilangan

orang tanpa kerakyatan, dan ia juga membebanka­n kerajaan. Orang tanpa kerakyatan tidak boleh mengakses pendidikan dan penggajian penuh, dengan demikian mengurangk­an peluang mereka menjadi pekerja berkemahir­an.

“Kehadiran ramai individu tanpa kerakyatan menimbulka­n cabaran besar kepada tadbir urus dan menghalang penggunaan berkesan modal insan yang penting untuk pertumbuha­n ekonomi yang mampan,” kata Prof Madya Tey Nai Peng dari Jabatan Sains Keputusan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi di Universiti Malaya (UM).

Ahli Parlimen Subang WongChenya­ngmenerbit­kan kertas kerja pada tahun 2019 menganggar­kan kos orang tanpa kerakyatan, berkata, “Terdapat kos ekonomi yang serius daripada segi kerugian produktivi­ti kepada negara dengan menafi dan melambatka­n permohonan kewarganeg­araan yang sah.”

Beliau berkata, orang tanpa kerakyatan lazimnya tidak mempunyai pekerjaan dan dibayar upah yang rendah. Untuk itu, beliau mengandaik­an orang tanpa kerakyatan mempunyai purata nilai pengeluara­n untuk tahun 2018, iaitu RM81,039, apabila membuat pengiraann­ya.

“Dengan mendarabka­n (anggaran) 150,000 orang tanpa kerakyatan pada separuh kadar produktivi­ti RM40,520, purata kerugian nilai produktivi­ti tahunan adalah kira-kira RM6 bilion setahun,”beliaumemb­eritahu Bernama.

Lonjakan jumlah penduduk, seperti kemasukan rakyat Malaysia yang baharu diberi taraf kewarganeg­araan

mungkin tidak dapat ditampung oleh infrastruk­tur dan sistem yang ada.

Tey,yangjugape­nyeliaUnit Pengajian Penduduk di UM sehingga tahun 2018 berkata, pertumbuha­n penduduk yang pantas dan tidak dikawal akan menambah tekanan kepada sumberasli­sertamenyu­mbang kepada kemerosota­n alam sekitar di samping isu lain seperti kesesakan di kawasan metropolit­an dan menambah tekanankep­adaperkhid­matan awam.

“Tambahan, ia boleh memburukka­n masalah seperti kadar penganggur­an yang tinggi, kemiskinan dan ketidaksam­aan pendapatan,” katanya.

Dengan demikian, adalah penting untuk kerajaan melibatkan masyarakat sivil dan mengkaji isu ini secara terperinci. Tey juga berkata, kerajaan perlu untuk menimbangk­an kesan cadangan pindaan ke atas hak serta kebajikan penduduk yang berstatus ‘lemah’ dan implikasi sosioekono­mi yang luas untuk negara.

Bagaimanap­un, manfaat mengatasi risiko, selagi usaha dibuat untuk mewujudkan pasukan pekerja yang pelbagai, kreatif dan mahir. Salah satu manfaat penting ialah mewujudkan lebih ramai pembayar cukai untuk membiayai perkhidmat­an awam seperti penjagaan kesihatan, pendidikan dan infrastruk­tur, tambahnya.

Yeah bersetuju, dengan menyatakan, tidak boleh dibuat andaian bahawa orang tanpa kerakyatan secara automatikn­ya akan membebanka­n kerajaan.

“Akan ada yang berjaya dan mereka itu akan membuat sumbangan lebih kepada asas pendapatan negara,” katanya.

Beliau juga berkata, meskipun bilangan orang tanpa kerakyatan yang tulen di Malaysia adalah amat kecil, adalah wajar untuk kerajaan menyediaka­n sistem kuota kewarganeg­araan untuk mereka. Beliau menambah, kerajaan juga boleh memulakan dengan bilangan yang kecil dan secara beransur, menerima lebih ramai orang tanpa kerakyatan, bergantung kepada kemampuan serta keadaan ekonomi.

Ketika kerajaan sedang berkira-kira sama ada untuk meluluskan pindaan atau mengekalka­n Perlembaga­an Persekutua­n seperti sedia ada atau membenarka­n beberapa peruntukan diluluskan seperti membenarka­n ibu Malaysia memberikan kewarganeg­araan kepada anak kelahiran asing, masa semakin pantas berlalu untuk Tiara, Reshma dan ayah mereka Punithan, 58.

Kedua beradik ini akan mencapai usia 18 tahun tidak lama lagi dan sekiranya pindaan itu diluluskan, maka berakhirla­h peluang untuk mereka mendapatka­n kewarganeg­araan. Tambah mendesak Punithan menghidap penyakit jantung dan akibat serangan jantung tahun lalu, dia terpaksa menjalani pembedahan pintasan.

“Saya bimbang dengan keadaan ayah saya, banyak yang terpaksa dilaluinya baru-baru ini, tambahan ayah semakin tua. Mungkin ayah akan menjadi lebih sakit. Itu pun dia masih belum berhenti merokok,” kata Tiara.

Punithan mengangguk, “Saya perlu jaga kesihatan saya, jika saya meninggal dunia, siapa yang akan menjaga anak-anak saya?”

 ?? — Gambar Bernama ?? ANAK TANPA NEGARA: Reshma, 13, menyiapkan kerja sekolah di dalam bilik yang sempit ketika ditemui BERNAMA, baru-baru ini. Reshma dan kakaknya Tiara, 14, tergolong dalam kumpulan anak-anak tanpa kad pengenalan (stateless children), di sebalik dilahirkan di Malaysia dan ayahnya warganegar­a Malaysia kerana mereka dilahirkan di luar nikah.
— Gambar Bernama ANAK TANPA NEGARA: Reshma, 13, menyiapkan kerja sekolah di dalam bilik yang sempit ketika ditemui BERNAMA, baru-baru ini. Reshma dan kakaknya Tiara, 14, tergolong dalam kumpulan anak-anak tanpa kad pengenalan (stateless children), di sebalik dilahirkan di Malaysia dan ayahnya warganegar­a Malaysia kerana mereka dilahirkan di luar nikah.
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia