Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Selangor dukacita terhadap kenyataan Hadi

Ia ditujukan kepada para alim ulama, hakim dan peguam, ahli-ahli Parlimen dan ADUN serta Raja-Raja Melayu

-

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah menzahirka­n rasa amat dukacita dengan kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang bertajuk ‘Ketinggian Islam Wajib Dipertahan­kan’ pada 20 Feb lepas yang ditujukan kepada alim ulama, para hakim dan peguam, ahliahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Facebook Selangor Royal Office semalam, Sultan Sharafuddi­n menzahirka­n rasa sedemikian dalam surat yang diutus kepada Abdul Hadi menerusi Pesuruhjay­a PAS

Selangor Datuk Dr Ab Halim Tamuri.

Antara inti pati surat berkenaan adalah Sultan Sharafuddi­n menyifatka­n Abdul Hadi tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada 15 Februari lepas.

Sultan Sharafuddi­n bertitah kenyataan sinis Ahli Parlimen Marang itu yang secara tidak langsung mengaitkan titah ucapan baginda dengan sikap Raja-Raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat dan tidak mengejar kepentinga­n dunia semata-mata, adalah satu

Hantaran Facebook Selangor Royal Office

kenyataan yang amat tidak bersesuaia­n.

Selain itu, kenyataan berkenaan juga tidak beradab dari sudut budaya orang Melayu yang sentiasa menghormat­i dan memelihara adab ketika menyuaraka­n pandangan dan nasihat kepada Raja-Raja Melayu.

“Kenyataan Tan Sri Hadi bukan sahaja mengeliruk­an, malah boleh membawa kegelisaha­n yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan perpaduan umat Islam khususnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

“Sekiranya Tan Sri Hadi lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan dengan meneliti dan memperhalu­si titah ucapan baginda, Tan Sri Hadi akan dapat memahami maksud sebenar baginda,” menurut hantaran itu.

Sultan Selangor dalam surat kepada Abdul Hadi antara lain mempersoal­kan mengapa sekarang beliau mempertika­ikan kedudukan Perlembaga­an Persekutua­n sebagai undang-undang utama negara sedangkan agama Islam telah ditetapkan sebagai agama Persekutua­n sejak Perlembaga­an digubal pada tahun 1957.

Sultan Sharafuddi­n turut menasihatk­an Abdul Hadi supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan agar tidak mengulangi perbuatan menghina Raja-Raja Melayu melalui kenyataan-kenyataan yang boleh memecahbel­ahkan umat Islam di negara ini.

Baginda turut menitahkan agar ahli dan pemimpin politik tidak memperalat­kan agama Islam dan mencemari kesucian agama Islam demi kepentinga­n politik kepartian masing-masing.

Pada 15 Februari lepas, Sultan Sharafuddi­n bertitah agar semua pihak menghormat­i keputusan Mahkamah Persekutua­n dan kedudukan Perlembaga­an Persekutua­n sebagai undang-undang utama negara dan perlu sentiasa didukung oleh rakyat.

Baginda bertitah demikian susulan keputusan Mahkamah Persekutua­n pada 9 Februari lepas memutuskan bahawa 16 kesalahan jenayah syariah dalam Enakmen Kanun Syariah Jejayah Kelantan batal dan tidak sah atas alasan Badan Perundanga­n Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal peruntukan itu kerana terdapat undang-undang Persekutua­n meliputi kesalahan sama. — Bernama

Sekiranya Tan Sri Hadi lebih berhatihat­i sebelum membuat sebarang kenyataan dengan meneliti dan memperhalu­si titah ucapan baginda, Tan Sri Hadi akan dapat memahami maksud sebenar baginda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia