Utusan Borneo (Sarawak)

Putera Harry kalah dalam usaha cabar kerajaan UK

Berhubung kawalan keselamata­nnya ketika berada di negara itu

-

LONDON: Putera Harry kalah dalam usahanya mencabar kerajaan United Kingdom (UK) di mahkamah kelmarin berhubung keputusan untuk mengubah tahap keselamata­n peribadiny­a ketika berada di negara itu.

Anak lelaki bongsu Raja Charles III itu melancarka­n tindakan undang-undang terhadap kerajaan selepas pada Februari 2020 diberitahu bahawa beliau tidak akan lagi diberikan perlindung­an “tahap yang sama” yang dibiayai orang awam ketika berada di Britain.

“Proses ‘khusus’ yang direka untuk pihak penuntut dalam keputusan 28 Februari 2020 adalah kukuh dari segi undang-undang,” kata hakim Mahkamah Tinggi, Peter Lane dalam dokumen penghakima­nnya.

Harry meninggalk­an Britain secara sensasi pada 2020 bersama isterinya Meghan, akhirnya menetap di California di Amerika Syarikat.

Putera itu memberitah­u perbicaraa­n di Mahkamah Tinggi London pada Disember bahawa kebimbanga­n keselamata­n telah menghalang lawatan kembali ke United Kingdom.

“UK adalah rumah saya. UK adalah tempat warisan anak-anak saya,” katanya kepada mahkamah dalam

satu kenyataan bertulis yang dibacakan oleh peguamnya.

“Itu tidak boleh berlaku jika dapat memastikan mereka selamat.

“Saya tidak boleh meletakkan isteri saya dalam bahaya seperti itu dan, berdasarka­n pengalaman dalam hidup saya, saya enggan meletakkan diri saya dalam bahaya juga,” tambahnya.

Bonda Harry, Puteri Diana terbunuh dalam kemalangan kereta berkelajua­n tinggi di Paris pada 1997 ketika cuba melarikan diri dari jurugambar paparazi.

Peguam untuk kerajaan menolak dakwaan bahawa Harry “dipulaukan” dan dilayan “kurang baik” atau bahawa tiada analisis risiko yang tepat.

James Eadie, bagi kementeria­n dalam negeri, memberitah­u mahkamah bahawa ia telah memutuskan Harry tidak akan diberikan tahap perlindung­an yang sama seperti sebelum ini kerana beliau telah meninggalk­an kehidupan sebagai kerajaan yang bekerja dan kebanyakan masanya tinggal di luar negara.

Pada Mei 2023, Harry kalah dalam rayuan mahkamah terhadap keputusan kerajaan yang menolak kebenarann­ya untuk membayar sendiri perlindung­an polis pakar UK.

Kementeria­n dalam negeri kemudian berhujah bahawa adalah “tidak sesuai” untuk orang kaya untuk “membeli” keselamata­n perlindung­an memandangk­an ia bukan kepentinga­n awam untuk membayar perlindung­an yang dibiayai oleh pembayar cukai.

Polis Metropolit­an London juga menolak tawaran Harry atas alasan bahawa ia salah untuk “menempatka­n pegawai dalam bahaya apabila yuran dibayar oleh individu persendiri­an”.

Ini merupakan salah satu daripada pelbagai kes undang-undang yang dimulakan oleh Harry.

Awalbulani­ni,beliaumeny­elesaikan tuntutan mahkamah yang telah lama berlarutan terhadap berita Mirror Group Newspapers (MGN), menuduh wartawanny­a menggunaka­n kaedah menipu dan menyalahi undang-undang, berikrar untuk meneruskan pertempura­n undang-undangnya dengan beberapa media UK yang lain.

Harry ialah salah seorang daripada tujuh orang berprofil tinggi, termasuk Elton John, yang membawa tindakan undang-undang terhadap penerbit Daily Mail atas dakwaan pengumpula­n maklumat yang menyalahi undang-undang.

Dia dan pelakon Hugh Grant juga menyaman News Group Newspapers (NGN), sebahagian daripada empayar media global Rupert Murdoch dan penerbit The Sun dan tabloid News Of The World atas dakwaan yang sama.

 ?? — Gambar AFP ?? KALAH: Gambar fail 28 Mac 2023 menunjukka­n Putera Harry ketika meninggalk­an Mahkamah Tinggi Britain di tengah London.
— Gambar AFP KALAH: Gambar fail 28 Mac 2023 menunjukka­n Putera Harry ketika meninggalk­an Mahkamah Tinggi Britain di tengah London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia