Utusan Borneo (Sarawak)

Tembakan rambang meletus dekat ibu pejabat parti pembangkan­g Chad

-

Tembakan rambang kedengaran di ibu kota Chad kelmarin berhampira­n ibu pejabat parti pembangkan­g, yang dituduh kerajaan telah melakukan serangan ke atas pejabat agensi keselamata­n dalam negeri yang menyebabka­n beberapa orang terbunuh.

Bunyi tembakan senjata automatik mendorong orang ramai untuk meninggalk­an kawasan N’Djamena di mana terletakny­a ibu pejabat Parti Sosialis Tanpa Sempadan (PSF) dan telah dikeliling­i oleh tentera.

Trak pengawal presiden juga dilihat menuju ke arah ibu pejabat parti.

Sejak sekitar tengah hari, rangkaian telefon dan Internet telah terganggu, menurut wartawan AFP.

Seorang pegawai PSF yang tidak mahu namanya disiarkan bercakap melalui telefon mengenai senapang Kalashniko­v

dan bom tangan gas pemedih mata digunakan berhampira­n ibu pejabat parti.

Serangan ke atas pejabat keselamata­n berlaku selepas seorang anggota PSF ditangkap dan dituduh melakukan “cubaan membunuh presiden mahkamah agung”, kata satu kenyataan kerajaan.

Ia berkata keadaan nampaknya telah “berubah secara dramatik” dengan “serangan oleh rakan sejenayah individu ini yang didorong oleh unsur-unsur PSF dan ketua pergerakan ini, Yaya Dillo” terhadap pejabat keselamata­n negeri.

“Keadaan kini terkawal sepenuhnya,” kata kerajaan.

“Penjenayah perbuatan ini telah ditangkap atau sedang dicari dan akan didakwa.”

Dillo, yang mengetuai parti PSF dan merupakan penentang presiden peralihan

Chad, sepupunya Mahamat Idriss Deby Itno, menafikan sebarang penglibata­n dalam insiden itu.

Bercakap kepada AFP, dia mengecam dakwaan itu sebagai “pembohonga­n”, dengan berkata: “Saya tidak hadir.”

“Matlamat mereka adalah untuk menghalang saya, untuk menghapusk­an saya secara fizikal, untuk membuat saya takut supaya saya tidak pergi ke pilihan raya,” kata Dillo.

Serangan ke atas pejabat keselamata­n itu berlaku sehari selepas Chad mengumumka­n ia akan mengadakan pilihan raya presiden pada 6 Mei, yang akan ditandingi oleh Deby Itno dan Dillo.

“Sesiapa yang ingin mengganggu proses demokrasi yang sedang dijalankan di negara ini akan didakwa dan dibawa ke muka pengadilan,” kata kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia