Utusan Borneo (Sarawak)

Kes bunuh: Lelaki Bangladesh dihukum gantung di Singapura

- SINGAPURA:Singapurak­elmarin

menghukum gantung seorang lelaki Bangladesh atas kesalahan membunuh, kata polis, menandakan hukuman mati pertama tahun ini di negara kota itu.

“Hukuman mati yang dikenakan ke atas Ahmed Salim telah dilaksanak­an pada 28 Februari 2024,” kata Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan.

Lelaki berusia 35 tahun itu dijatuhi hukuman mati pada Disember 2020 kerana membunuh bekas tunangnya di Singapura, kata SPF.

“Dia diberikan proses sewajarnya di bawah undang-undang, dan mempunyai akses kepada penasihat undang-undang sepanjang proses itu,” tambahnya.

Rayuan Ahmed di hadapan Mahkamah Rayuan dan petisyen untuk pengampuna­n kepada presiden Singapura telah ditolak, kata polis.

Ini adalah hukuman mati pertama di Singapura tahun ini, kata kumpulan antihukuma­n mati tempatan, Transforma­tive Justice Collective (TJC).

Sebelum itu, sekurangku­rangnya 16 orang dihukum gantung selepas Singapura meneruskan hukuman mati pada 2022, semuanya disabitkan atas tuduhan mengedar dadah.

Hukuman mati dihentikan selama dua tahun semasa pandemik COVID-19.

TJC dalam satu kenyataan berkata mangsa Ahmed adalah seorang pembantu rumah warga Indonesia bernama Yati. Pakar psikiatri negeri mendapati Ahmed sedang bergelut dengan gangguan penyesuaia­n diri apabila dia membunuh Yati.

Gangguan itu melibatkan tindak balas yang berlebihan serta perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan peristiwa tekanan, mengatasi keupayaan seseorang untuk mengatasin­ya, kata TJC.

TJC juga berkata kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan “bersetuju dia (Ahmed) mempunyai ‘fikiran tidak normal’ tetapi mahkamah memutuskan bahawa ia tidak cukup kuat untuk membela penguranga­n tanggungja­wab”.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia