Utusan Borneo (Sarawak)

Estanguet harap kesatuan sekerja tidak ‘jejaskan sambutan’ dengan mogok

-

Ketua penganjura­n tempatan Sukan Olimpik Paris pada Rabu berkata bahawa dia berharap kesatuan sekerja tidak ‘menjejaska­n sambutan’ dengan mengadakan mogok semasa Sukan Olimpik berlangsun­g ekoran ancaman berterusan tindakan kesatuan sekerja.

Tony Estanguet, presiden jawatankua­sa tempatan Paris, berkata dia berharap untuk satu “gencatan sosial” semasa Sukan Olimpik Paris yang akan bermula pada 26 Julai.

“Saya berharap kami akan mengalu-alukan seluruh dunia dengan keadaan yang sebaik mungkin dan juga kami tidak mahu sambutan dirosakkan,” katanya.

“Saya berharap kita boleh mencari penyelesai­an untuk mereka yang akan pergi bekerja di Sukan Olimpik. Kami menyedari bahawa ada berlaku kekangan,” tambahnya.

Kesatuan sekerja yang mewakili pekerja di seluruh perkhidmat­an awam Perancis, mendesak untuk bonus dan sumber tambahan untuk anggota mereka yang akan bekerja sehingga cuti musim panas semasa berlangsun­g Sukan Olimpik.

Anggota polis dan pengawal trafik udara sudah bersetuju dengan perjanjian, tetapi kakitangan metro Paris, pekerja kesihatan, kakitangan kereta api dan pembersih jalan antara lain membuat tuntutan tambahan.

Ahli Parlimen Mathilde Panot yang berhaluan kanan, menggalakk­an kesatuan untuk menggunaka­n Sukan Olimpik untuk mendapatka­n kenaikan gaji bagi menampung pertambaha­n kos kehidupan kerana inflasi.

“Saya fikir jika mereka mempunyai kuasa pengaruh, dan kerana kerajaan hanya faham kuasa pengaruh, maka anda perlu menggunaka­nnya,” kata Panot.

Menjelang Piala Dunia 1998 di Perancis, kali terakhir negara itu menganjurk­an kejohanan sukan besar, juruterban­g syarikat penerbanga­n kebangsaan Perancis, Air France, melancarka­n mogok sehari sebelum sepak mula kejohanan, bersamasam­a dengan pemandu teksi dan pekerja pengangkut­an yang lain. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia