Utusan Borneo (Sarawak)

Sepanyol benam Perancis 2-0 pada aksi final Liga Negara UEFA Wanita

- Kanada. — AFP

Aitana Bonmati menjaringk­an gol ketika Sepanyol menambah trofi Liga Negara UEFA Wanita kepada kejuaraan Piala Dunia Wanita selepas menang selesa 2-0 ke atas Perancis di final yang berlangsun­g di Seville, sementara Jerman menewaskan Belanda untuk layak ke Sukan Olimpik Paris.

Sepanyol meneruskan rentak kemenangan ketika mereka membuat persediaan untuk penampilan pertama di Sukan Olimpik Paris tahun ini.

Juara dunia itu mengesahka­n kejuaraan pada cubaan pertama untuk jurulatih Montse Tome, yang menggantik­an jurulatih kontrovers­i, Jorge Vilda yang dipecat selepas Piala Dunia Wanita dan kontrovers­i ciuman paksa oleh bekas presiden persekutua­n bola sepak Sepanyol, Luis Rubiales ke atas penyerang Jenni Hermoso.

“Dalam bulan September, semuanya pelik, kami harus berdepan dengannya, kami cuba untuk menyelesai­kannya,” kata Tome selepas skandal Rubiales apabila dia mengambil alih tugas membimbing skuad wanita Sepanyol.

“Bulan September adalah tempoh yang sudah lama dan sekarang kami dalam masa yang berbeza. Saya mahu memberikan fokus kepada perkara positif dan saya merasakan pasukan ini sudah memberikan banyak kepada saya.”

Harapan cukup tinggi di mana Perancis, yang dibimbing Herve Renard, boleh mencabar untuk pingat emas bola sepak wanita di Sukan Olimpik yang mereka anjurkan, tetapi mereka jelas gagal memberikan saingan kepada Sepanyol.

“Saya menghadapi Sepanyol di Piala Dunia 2018 bersama Maghribi, menentang pemain tengah seperti (Andres) Iniesta, Isco dan (Sergio) Busquets. Saya mendapat gambaran bahawa saya melihat perkara yang sama malam ini,” kata Renard.

Sepanyol menguasai awal permainan dan hampir memecah kebuntuan pada minit ke-26 apabila pemain pertahanan tengah, Irene Parades melihat tandukanny­a sedikit tersasar dari satu tendangan sudut.

Pasukan tuan rumah ada membuka jaringan selepas setengah jam permainan apabila Bonmti, yang tidak dikawal, merembat satu hantaran Olga Carmona dari jarak dekat.

Sepanyol hampir menambah jaringan pada minit akhir sebelum rehat, ketika tandukan Laia Aleixandri sedikit tersasar dengan rayuan penalti kemungkina­n bola terkena tangan pertahanan Perancis, Amandine Henry, bagaimanap­un tidak diendahkan pengadil.

Namun anak buah Tome tidak membuang masa menambah jaringan selepas rehat apabila Mariano Caldentey menyempurn­akan hantaran Ona Batlle pada minit ke-53.

Perancis tidak kelihatan mampu untuk bangkit dan gagal melakukan satu cubaan tepat ke pintu gol sepanjang perlawanan itu.

Paredes melihat satu cubaannya berjaya diselamatk­an penjaga gol Perancis, Pauline Peyraund-Magnin ketika Sepanyol terus mengasak untuk memburu gol ketiga.

“Enam bulan yang lalu kami memenangi Piala Dunia dan sekarang Liga Negara UEFA, apa lagi yang boleh anda minta?” kata Bonmati, bintang kelab wanita Barcelona.

“Ia satu pencapaian agak luar biasa. Pasukan ini tidak mempunyai had – Piala Dunia, sekarang Liga Negara UEFA dan selepas ini (emas) Sukan Olimpik.”

Pada perlawanan lewat, Jerman menewaskan Belanda 2-0 untuk menduduki tempat ketiga kejohanan, menyertai Sepanyol dan Perancis, yang layak secara automatik selaku tuan rumah, untuk layak ke Sukan Olimpik.

Jerman adalah pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro tetapi gagal layak ke Sukan Olimpik Tokyo, yang dimenangi oleh

 ?? — Gambar AFP ?? DETIK MANIS: Pemain bola sepak kebangsaan wanita Sepanyol meraikan kejayaan memenangi trofi Kejohanan Liga Negara UEFA Wanita selepas menumpaska­n Perancis pada perlawanan akhir di Stadium La Cartuja di Sevilla.
— Gambar AFP DETIK MANIS: Pemain bola sepak kebangsaan wanita Sepanyol meraikan kejayaan memenangi trofi Kejohanan Liga Negara UEFA Wanita selepas menumpaska­n Perancis pada perlawanan akhir di Stadium La Cartuja di Sevilla.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia