Utusan Borneo (Sarawak)

Korea Selatan lantik Hwang sebagai jurulatih sementara

-

Korea Selatan melantik Hwang Sun-hong sebagai jurulatih sementara untuk menggantik­an tempat Jurgen Klinsmann, yang dipecat berikutan kekalahan di peringkat separuh akhir Piala Asia dan pendedahan perbalahan di antara dua pemain bintang.

Di bawah kendalian Hwang, yang juga jurulatih skuad Bawah 23 Tahun Korea Selatan dan membimbing pasukan itu memenangi pingat emas acara bola sepak di Sukan Asia Hangzhou tahun lepas, akan membimbing pasukan untuk dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 di tempat sendiri dan lawan menentang Thailand.

Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) berkata ia berharap untuk mempunyai jurulatih tetapi sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia seterusnya menentang Singapura dan China pada bulan Jun.

Klinsmann dipecat awal bulan ini selepas Korea

Selatan tewas 0-2 kepada Jordan di peringkat separuh akhir Piala Asia yang berlangsun­g di Qatar.

KFA berkata Klinsmann, pemenang Piala Dunia ketika sebagai pemain, telah “gagal mempamerka­n kemampuan kejurulati­han dan kepimpinan yang dijangkaka­n dari seorang ketua jurulatih”.

Pendedahan kemudian muncul tentang pergaduhan di antara pemain sehari sebelum perlawanan menentang Jordan yang menyebabka­n kapten pasukan, Son Heung-min mengalami kecederaan jari.

Pemain kelab Paris SaintGerma­in (PSG), Lee Kangin, akhirnya memohon maaf selepas agensi berita Yonhap mendedahka­n pemain berusia 23 tahun itu cuba untuk menumbuk Son.

Wakil Lee bagaimanap­un menafikan ada berlaku sebarang tumbukan.

Konflik dilaporkan berpunca dari pemain muda - termasuk Lee - bergegas menamatkan makan malam supaya mereka boleh keluar dan bermain ping pong.

Ini membangkit­kan kemarahan beberapa pemain senior, termasuk Son, yang mahukan tradisi sekian lama pasukan di mana mereka seharusnya bersama-sama berkumpul untuk membina perpaduan dalam pasukan.

Lee dan Son diturunkan dalam aksi ketika tewas kepada Jordan, dengan Son dilihat dengan balutan di jari tangannya.

Klinsmann, di mana kontraknya sepatut berakhir sehingga selepas Piala Dunia 2026, berjanji untuk memberikan kejuaraan Asia yang pertama buat Korea Selatan sejak 64 tahun.

Hwang akan menggabung tugasnya sebagai jurulatih Bawah 23 Tahun dan akan membimbing Korea Selatan ke Piala Asia Bawah 23 Tahun di Qatar pada bulan April, di mana kelayakan ke Sukan Olimpik Paris menjadi rebutan.

Hwang, 55, adalah bekas penyerang Korea Selatan yang pernah beraksi di tiga Piala Dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia