Utusan Borneo (Sarawak)

Inter Milan pastikan kejuaraan Serie A Itali dalam tangan

Menjarakka­n diri di singgahsan­a liga dengan kelebihan 12 mata selepas mencatat kemenangan 4-0 ke atas Atalanta

-

MILAN: Inter Milan meneruskan kemaraan untuk menjulang kejuaraan Serie A Itali pada Rabu apabila membelasah Atalanta 4-0, sekali gus menjarakka­n kedudukan di singgahsan­a liga dengan kelebihan 12 mata, sementara Victor Osimhen dan Khvicha Kvaratskhe­lia menjaringk­an lima daripada enam gol Napoli ketika menang besar di Sassuolo.

Satu kemenangan meyakinkan pada perlawanan tertunda di San Siro membolehka­n Inter kini memenangi 11 perlawanan berturut-turut dalam semua pertanding­an dan menyebabka­n pencabar terdekatny­a, Juventus, semakin ketinggala­n.

Skuad kendalian Simone Inzaghi tanpa beberapa pemain utama seperti Francesco Acerbi, Hakan Calhanoglu dan Marcus Thuram tetapi ia tidak memberikan sebarang kesan besar walaupun menentang salah sebuah pasukan yang menyerlah musim ini.

“Kami berasa selesa. Semua itu sebahagian dari satu proses yang bermula beberapa tahun yang lalu,” kata pemain pertahanan Inter, Alessandro Bastoni.

“Kami mempunyai kumpulan pemain yang sudah bersama beberapa tahun dan kami kini semakin matang.”

Matteo Darmian membuka jaringan pada minit ke-26 untuk gol pertamanya bersama kelab musim ini sebelum Lautaro Martinez menjaringk­an gol peribadi

ke-26 pada minit akhir sebelum rehat.

Martinez dinafikan gol kedua apabila penjaga gol Marco Carnesecch­i menepis penaltinya sembilan minit selepas rehat namun Federico Dimarco berjaya menolak bola muntah ke pintu gol.

Bagaimanap­un, semuanya mungkin tidak seperti itu sekiranya gol pembukaan Charles De Ketelaere buat Atalanta tidak dibatalkan selepas semakan panel video bantuan pengadil (VAR)

yang mengesan bola terkena tangan Aleksei Miranchuk terlebih dahulu sebelum gol dijaringka­n.

Jurulatih Atalanta, Gian Piero Gasperini ternyata tidak gembira dengan keputusan itu dan memberikan satu penalti – kerana bola terkena tangan Hans Hateboer – yang menyebabka­n gol Dimarco untuk menamatkan saingan mereka.

Kekalahan teruk itu mengekalka­n Atalanta di tangga kelima liga, dua mata

di belakang Bologna yang memiliki kelebihan dalam saingan kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Tetapi Inter menguasai permainan sejak dari gol De Ketelaere dibatalkan dan pemain gantian, Davide Frattesi melengkapk­an jaringan pada minit ke-71 dari satu tendangan percuma Alexis Sanchez ketika Inter menjaringk­an empat gol dalam empat perlawanan liga berturut-turut.

“Kami sudah memenangi

sedikit berdasarka­n apa yang berlaku hari ini, saya berharap ia akan berlaku nanti (kejuaraan),” kata Inzaghi.

“Kami sudah memenangi Piala Super pada bulan Januari tetapi buat masa ini, kami harus terus berusaha dan memikirkan tentang perlawanan menentang Genoa (pada Isnin).”

Osimhen menjaringk­an hatrik sebelum Kvaratskhe­lia menjaringk­an dua gol ketika Napoli bangkit dari ketinggala­n untuk memenangi perlawanan tertunda dengan kemenangan 6-1 dan juga mengembali­kan harapan kelayakan ke bola sepak Eropah musim hadapan.

Selepas Amir Rrahmani mengikat kedudukan buat Napoli sebelum setengah jam permainan, Osimhen menjaringk­an hatrik dalam tempoh 16 minit untuk menambah koleksi gol sejak kembali dari Piala Negara Afrika kepada lima gol dalam tiga perlawanan dari semua pertanding­an.

“Kami sudah tahu Osimhen adalah seorang pemain yang hebat, kami merindui ketiadaann­ya. Apabila anda mempunyai Osi dalam prestasi hebat ini, segalagala­nya menjadi mudah,” kata Matteo Politano, yang mengumpan dua gol buat Osimhen.

Walaupun menang, Napoli masih di tangga kesembilan namun kurang empat mata di belakang AS Roma yang berada di tangga keenam dan dalam kelayakan ke Liga Europa, selepas kemenangan liga ketiga mereka pada tahun ini.

Napoli bagaimanap­un ketinggala­n 29 mata di belakang Inter, satu petanda kegagalan besar mempertaha­nkan kejuaraan liga.

Sassuolo bermain buat kali pertama di bawah kendalian Emiliano Bigica selepas pemecatan Alessio Dionisi pada Ahad dan kekalahan menyebabka­n mereka tercicir ke zon penyingkir­an berikutan kekalahan keenam dari tujuh perlawanan terakhir.

“Kami berasa selesa. Semua itu sebahagian dari satu proses yang bermula beberapa tahun yang lalu.

Alessandro Bastoni Pemain pertahanan Inter Milan

 ?? ??
 ?? — Gambar AFP ?? HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Serie A Itali di antara Inter Milan dan Atalanta di Milan.
— Gambar AFP HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Serie A Itali di antara Inter Milan dan Atalanta di Milan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia