Utusan Borneo (Sarawak)

MU dan Liverpool bersua di suku akhir

Man Utd menang 1-0 ke atas Forest, Liverpool benam Southampto­n 3-0 pada aksi pusingan kelima Piala FA Inggeris

-

LONDON: Manchester United akan menanti kunjungan Liverpool dalam aksi suku akhir Piala FA Inggeris selepas masing-masing memenangi perlawanan pusingan kelima kejohanan pada Rabu.

United mengurangk­an tekanan ke atas pengurusny­a, Erik ten Hag apabila menang tipis 1-0 di Nottingham Forest menerusi gol lewat Casemiro.

Selepas menewaskan Chelsea di final Piala Liga Inggeris Ahad lepas, Liverpool masih mengekalka­n kepercayaa­n kepada pemain muda dan meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas kelab Liga Kejuaraan, Southampto­n 3-0 di Anfield.

Chelsea bangkit dari keka- lahan mengecewak­an kepada Liverpool apabila memerlukan gol lewat untuk menewaskan sebuah lagi kelab Liga Kejuaraan, Leeds United 3-2 dan menempah pertemuan suku akhir menentang Leicester City.

Selepas pengutip bola Liverpool membawa trofi Piala Liga Inggeris untuk diarak mengelilin­gi Stadium Anfield sebelum sepak mula perlawanan, skuad muda kendalian Jurgen Klopp sekali lagi memberikan gambaran masa depan cerah apabila dua pemain muda menyerlah membantu kemenangan pasukan.

Dengan Liverpool diselubung­i krisis kecederaan pemain yang termasuk Mohamed Salah, Darwin Nunez,

Diogo Jota dan Alisson Becker antara lain, Lewis Koumas, anak kepada bekas pemain tengah antarabang­sa Wales dan kelab West Brom, Jason Koumas, meraikan penampilan sulungnya bersama kelab dengan gol pembukaan pada minit ke-44.

Penyerang berusia 18 tahun itu merembat kencang bola yang terkena pemain lawan, Jack Stephens dan masuk ke pintu gol.

Jayden Danns, seorang lagi pemain berusia 18 tahun yang juga anak bekas pemain – Neil yang pernah beraksi bersama Crystal Palace – menjaringk­an gol kedua Liverpool pada minit ke-73 dengan penyudah tenang walaupun pada usia muda.

James McConnell, 19, dan Bobby Clark, juga 19 tahun, turut menyerlah bersama Liverpool, yang memasukkan pemain berusia 16 tahun, Trey Nyoni dalam separuh masa kedua dan menjadi pemain paling muda yang beraksi dalam Piala FA.

Danns melengkapk­an kemenangan dengan gol minit ke-88.

Di City Ground, United mengesahka­n kemaraan ke peringkat suku akhir kejohanan untuk rekod kali ke-48.

Ten Hag menegaskan minggu ini bahawa dia tidak memerlukan sokongan keyakinan terbuka dari Jim Ratcliffe selepas hartawan British itu mengambil alih operasi bola

sepak di kelab.

Tetapi United berada di tangga keenam liga, lapan mata dari slot kelayakan terakhir ke Liga Juara-Juara (tangga keempat liga) selepas dikejutkan 1-2 oleh Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas.

Kekalahan kepada Forest pastinya menambah lagi tekanan buat Ten Hag selepas Ratcliffe dikaitkan dengan bekas jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane.

Piala FA mewakili peluang terakhir United untuk memenangi kejuaraan musim ini dan selepas gagal menyempurn­akan beberapa peluang, mereka akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-89 apabila tendangan

percuma Bruno Fernandes ditanduk masuk oleh Casemiro.

Ten Hag berharap kemenangan di Forest akan terbukti satu batu loncatan untuk kejayaan berkekalan di United dengan cara yang sama yang pernah dilakukan oleh bekas pengurus legenda kelab, Alex Ferguson pada 1990.

Di Stamford Bridge, Mauricio Pochettino pastinya merasai kelegaan yang sama seperti Ten Hag.

Dengan tekanan semakin memuncak dalam musim pertama bermasalah di kelab, pengurus dari Argentina itu berterima kasih kepada Conor Gallager untuk gol kemenangan lewat.

Ia adalah pertemuan pertama Piala FA di antara Chelsea dan Leeds sejak Chelsea memenangi perlawanan ulangan final Piala FA 1970, perlawanan penuh layangan kad amaran yang dianggap salah satu perlawanan paling tegang dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Chelsea ketinggala­n seawal minit kelapan apabila Mateo Joseph menjaringk­an gol senior yang pertamanya.

Nicolas Jackson mengikat kedudukan tujuh minit kemudian sebelum Mykhailo Mudryk meletakkan Chelsea di hadapan untuk kali pertama pada minit ke-37.

Leeds mengikat kedudukan pada minit ke- 59 apabila Joseph menanduk masuk

satu hantaran lintang Jaidon Anthony.

Namun Gallagher menjaringk­an gol kemenangan pada minit kecederaan untuk mengecewak­an Leeds.

Pada perlawanan lain, Wolves menewaskan Brighton 1-0 di Molineux menerusi gol Mario Lemina seawal 77 saat selepas sepak mula perlawanan dan menempah pertemuan suku akhir menentang kelab Liga Kejuaraan, Coventry City.

Satu lagi perlawanan suku akhir mempertemu­kan juara bertahan, Manchester City menentang Newcastle United.

Perlawanan suku akhir ini akan berlangsun­g pada 16 dan 17 Mac depan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RANCAK: Pertembung­an di antara Nottingam Forest dan Man Utd di The City Ground.
— Gambar AFP RANCAK: Pertembung­an di antara Nottingam Forest dan Man Utd di The City Ground.
 ?? — Gambar AFP ?? TUMPUAN: Perlawanan di antara Liverpool dan Southampto­n di Anfield, Liverpool.
— Gambar AFP TUMPUAN: Perlawanan di antara Liverpool dan Southampto­n di Anfield, Liverpool.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia