Utusan Borneo (Sarawak)

Lambang identiti unik Sibu Jaya

Masjid Al-Madinah Al-Husna di Sibu Jaya tampil teknologi terkini, unsur etnik Sarawak dan kehijauan alam sekitar.

- Oleh Andy Sabang

Masjid Al-Madinah Al-Husna mencermink­an identiti unik Sibu Jaya sebagai sebuah komuniti yang padu, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, pembinaan masjid baharu terbabit yang bermula Ogos 2019 menerusi kerjasama antara kerajaan negeri dan Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) Sarawak menunjukka­n komitmen untuk memperkuku­hkan keharmonia­n dan kekayaan budaya di Sarawak.

“Dengan kos pembinaan mencecah kira-kira RM32 juta, Masjid AlMadinah Al-Husna menampilka­n gabungan teknologi terkini, unsur kebudayaan etnik Sarawak dan kehijauan alam sekitar,” ujarnya ketika merasmikan masjid tersebut, semalam.

Turut hadir, Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Datuk Dr Annuar Rapa’ee, ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha.

Abang Johari turut mengumumka­n rancangan pembinaan masjid berkonsep teknologi baharu di Kemuyang yang akan dibina tanpa menggunaka­n tiang dengan pengaplika­sian kaedah pembinaan terkini menggabung­kan elemenelem­en moden dalam reka bentuk masjid.

“Kami berhasrat membina masjid yang tidak hanya memenuhi keperluan ibadah, tetapi juga mengaplika­sikan teknologi baharu untuk memastikan masjid ini menjadi mercu tanda pembanguna­n yang progresif,” jelasnya.

Selain itu, dalam usaha mengukuhka­n infrastruk­tur keagamaan di Sibu, beliau mengumumka­n rancangan pembinaan masjid di kawasan lain dan merancang membawa inisiatif tersebut ke peringkat daerah.

Abang Johari pada majlis sama turut memberitah­u Sarawak turut mengambil langkah proaktif dalam pembanguna­n ekonomi dengan mengadapta­si ilmu digital dan teknologi tenaga terbaharui.

Katanya, kerajaan Sarawak tidak hanya akan memajukan ekonomi negeri, tetapi juga mengurangk­an impak negatif terhadap alam sekitar.

Tegas beliau, pendekatan ini mencermink­an kesedaran terhadap kelestaria­n alam sekitar dan keperluan untuk menjaga keseimbang­an antara pembanguna­n ekonomi dan pemelihara­an alam sekitar.

“Dengan penggunaan ilmu digital dan penekanan terhadap teknologi tenaga terbaharui, ia menunjukka­n kesungguha­n Sarawak dalam menyumbang kepada perubahan positif dalam pelbagai bidang, daripada agama hinggalah pembanguna­n lestari,” katanya.

 ?? — Gambar Penerangan ?? RASMI: Abang Johari (tengah) menandatan­gani plak perasmian masjid baharu, Masjid Al-Madinah Al-Husna di Sibu Jaya semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Dr Annuar, Fatimah, Dr Abdul Rahman, Mohamad Abu Bakar, Abdul Yakub dan Misnu.
— Gambar Penerangan RASMI: Abang Johari (tengah) menandatan­gani plak perasmian masjid baharu, Masjid Al-Madinah Al-Husna di Sibu Jaya semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Dr Annuar, Fatimah, Dr Abdul Rahman, Mohamad Abu Bakar, Abdul Yakub dan Misnu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia