Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri tidak kurang hebatnya: Uggah

-

Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri 2024 tidak kurang hebatnya berbanding edisi sebelum ini dengan pelbagai aktiviti disediakan.

Sebuah jawatankua­sa kerja utama yang dipengerus­ikan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Dato Sri Roland Sagah telah dibentuk untuk menganjurk­annya.

Pengerusi Tetap Jawatankua­sa Gawai Peringkat Negeri yang juga Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pada tahun ini giliran masyarakat Bidayuh menganjurk­an sambutan tersebut.

“Kemuncakny­a ialah Makan Malam Gawai pada 22 Jun. Kami telah memilih Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) sebagai tempat penganjura­n.

“Seperti sebelum ini, kita akan menjemput Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi sebagai tetamu kehormat. Kita juga menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berserta isteri masingmasi­ng,” ujarnya selepas mengadakan mesyuarat bersama jawatankua­sa bagi membincang­kan persiapan sambutan tersebut di sini, semalam.

Berhubung sambutan tahun lepas yang dianjurkan masyarakat Iban, Uggah memuji jawatankua­sa penganjur atas kejayaan mereka.

“Perarakan kebudayaan ‘Niti Daun’ oleh kumpulan dan organisasi yang mewakili semua kumpulan Dayak misalnya, sangat mengagumka­n.

“Saya harap perkara yang sama boleh dikatakan untuk acara ini tahun ini,” kata Uggah.

Sementara itu, Sagah berkata selain majlis makan malam dan perarakan ‘Niti Daun,’ acara lain tahun ini ialah Bazar Gawai dan Karnival Gawai.

“Daripada maklum balas yang kami terima, mereka yang menyambut Gawai mahu bazar itu diadakan pada Mei ini.

“Ini akan membolehka­n mereka menggunaka­n apa sahaja aksesori, pakaian tradisiona­l, kraf tangan dan produk lain yang dibeli untuk digunakan semasa Gawai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia