Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM selamatkan 64 anak Sarawak yang jadi mangsa penipuan tawaran pekerjaan

-

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamat­kan seramai 64 anak Sarawak yang menjadi mangsa penipuan tawaran pekerjaan sepanjang tempoh 2021 hingga 23 Februari 2024.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/ Perundanga­n) DCP Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, sejumlah 19 lagi mangsa dilaporkan masih terkandas di negara destinasi.

Menurutnya, PDRM menerima sebanyak 54 laporan polis berkaitan jenayah penipuan tawaran pekerjaan sepanjang tempoh tersebut, membabitka­n 83 anak Sarawak terdiri daripada 70 lelaki dan 13 wanita.

”Daripada statistik, negara yang menjadi tumpuan mangsa (untuk bekerja) ialah Kemboja, Myanmar, Thailand, Laos. Selain itu, destinasi lain yang menjadi tumpuan termasuk UAE (Dubai) dan Filipina,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian penutupan Kursus Penguatkua­saan

Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) (KBSJD) Zon Sabah dan Sarawak 2024 di sebuah hotel di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) DCP Fadil Marsus dan Syuhaida Abdul Wahab Zen dari Majlis Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (NSO-MAPO).

Rusdi memaklumka­n, seramai 43 warganegar­a Malaysia diselamatk­an oleh polis

Republik Peru daripada sindiket ’Macau Scam’ pada Oktober 2023, dengan 40 daripada jumlah mangsa tersebut merupakan anak Sarawak.

”Daripada kajian empirikal yang kami jalankan, kami mendapati 73 peratus bekerja sebagai ’scammer,’ 12 peratus sebagai khidmat pelanggan, lapan peratus bekerja di kasino dan tujuh peratus bekerja seperti tukang masak dan lainlain,” jelasnya.

 ?? ?? PENERANGAN: Rusdi (tengah) bercakap pada sidang media, semalam. Turut kelihatan, Syuhada (kiri) dan Fadil.
PENERANGAN: Rusdi (tengah) bercakap pada sidang media, semalam. Turut kelihatan, Syuhada (kiri) dan Fadil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia