Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM selamatkan 64 anak Sarawak yang jadi mangsa penipuan tawaran pekerjaan

- Dari Muka 1

Tambah beliau, tawaran gaji lumayan dan kemudahan merupakan faktor tarikan yang menyebabka­n mangsa terperdaya untuk bekerja di luar negara, selain faktor penolakan seperti mangsa hilang punca pendapatan dan lain-lain.

Mengikut trend semasa juga katanya, mangsa terpengaru­h dan terperdaya oleh iklan-iklan tawaran pekerjaan di luar negara menerusi laman sosial dan portal pencarian kerja, kesemuanya menawarkan gaji lumayan.

Malah, ada juga yang menjadi mangsa akibat terperdaya oleh kenalan daripada media sosial yang tidak pernah berjumpa, katanya.

”Pada asalnya, mangsa ditawarkan pekerjaan sebagai pegawai perkhidmat­an pelanggan di syarikat pelaburan atau kasino berlesen, ada juga yang ditawarkan bekerja di tempat peranginan.

”Bagaimanap­un apabila tiba di negara destinasi, mereka dipaksa bekerja sebagai ’scammer’ dengan menipu orang secara dalam talian bagi pelaburan tidak wujud dan juga ’love scam.’

”Terdapat juga beberapa pekerjaan lain yang ditawarkan seperti jurubahasa, pegawai pemasaran dan sebagainya,” jelas Rusdi.

Justeru, untuk membantera­s jenayah tersebut katanya, PDRM mengambil beberapa pendekatan seperti berkolabor­atif dengan agensiagen­si penguatkua­saan luar negara, Kementeria­n Luar Negeri, Aseanapol, Interpol dan lain-lain.

”PDRM juga melakukan risikan, operasi dan siasatan memfokuska­n kepada perekrut yang menjadi dalang utama di dalam dan luar negara.

”Turut dilaksanak­an adalah program pencegahan seperti menggunaka­n platform media sosial bagi tujuan kesedaran masyarakat,” katanya.

Untuk rekod, dari 2021 sehingga 23 Februari 2024, PDRM telah menerima sebanyak 354 laporan polis berkaitan jenayah penipuan tawaran pekerjaan membabitka­n seramai 459 mangsa warganegar­a Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, seramai 326 mangsa berjaya diselamatk­an dan 133 lagi masih terkandas di luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia