Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda mengaku cederakan rakan dipenjara empat bulan

-

Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret semalam setelah mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangk­an kecederaan kepada rakannya.

Jeffry Kuming, 24, diperintah oleh Majistret Flavian Edward Henry mula menjalani hukuman penjara itu bermula tarikh dia ditahan, 25 Februari 2024.

Mengikut pertuduhan, Jeffry didakwa dengan sengaja mendatangk­an kecederaan kepada rakannya pada 23 Februari 2024, kira-kira jam 11.30 malam di jeti konkrit Rantau Panjang.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman terbabit.

Berdasarka­n fakta kes, pada 24 Februari 2024, kira-kira jam 7 malam bertempat di Hospital Sibu, abang pengadu iaitu mangsa telah memberitah­u pengadu yang dia dipukul oleh tertuduh berhampira­n jeti konkrit di Rantau Panjang pada 23 Februari 2024, kirakira jam 11.30 malam.

Akibat dipukul, mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang kepada dan mendapatka­n rawatan di Hospital Sibu.

Pengadu kemudian membuat laporan polis dan pada 25 Februari 2024, kira-kira jam 10.40 malam, tertuduh telah ditahan di sebuah rumah panjang di Rantau Panjang.

Siasatan mendapati tertuduh bertindak memukul mangsa setelah tertuduh berasa tidak puas hati dan marah dengan perbuatan mangsa yang didakwanya masih mengganggu isteri tertuduh, yang merupakan bekas teman wanita mangsa.

Oleh itu, tertuduh telah bertindak memukul mangsa di bahagian belakang kepala menggunaka­n batang kayu, di mana kejadian telah disaksi oleh rakan mereka yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia