Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat lelaki dipercayai warga asing dijumpai terdampar di pantai Jebungan

-

Mayat seorang lelaki dipercayai warganegar­a asing ditemui terdampar oleh orang awam di pantai Jebungan, Mukah petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superinten­den Muhamad Rizal Alias berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu sekitar jam 2.05 petang.

“Pihak kami dimaklumka­n mayat seorang lelaki tersadai dalam keadaan terlentang di pantai Jebungan, Mukah sebelum pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Mukah bergerak ke lokasi kejadian.

“Didapati mayat lelaki berpakaian warna kelabu, seluar pendek dan menggunaka­n ‘inner’ di lengan serta sarung tangan.

“Pemeriksaa­n tubuh badan dan sekitar mayat tidak menjumpai sebarang petunjuk ke atas identiti si mati kerana keadaannya yang tidak sempurna,” katanya melalui satu kenyataan, kelmarin.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian tidak menemui sebarang kesan pergelutan atau unsur-unsur jenayah.

Muhamad Rizal memberitah­u tiada sebarang kamera litar tertutup (CCTV) serta saksi kejadian di lokasi kejadian.

“Mayat ‘Mr X’ kemudian dibawa menggunaka­n kenderaan polis dan diletakkan di rumah mayat Hospital Mukah untuk siasatan lanjut.

“Si mati dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh lima hingga tujuh hari,” jelasnya.

Sehubungan itu, Ketua Polis Balai Tatau Sarjan Zaidi Selamat yang dihubungi mengesahka­n gambar mayat adalah sepadan dengan kes orang hilang berrsabit satu laporan polis bertarikh 25 Februari lalu.

Menurutnya, butiran mayat tersebut ialah lelaki warganegar­a Indonesia berusia 23 tahun yang bekerja sebagai kru kapal dan dilaporkan hilang di perairan muara Kuala Tatau.

Bagaimanap­un katanya, kes itu masih dalam siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia