Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n akan lebih agresif tambah rakan strategik KGC: Fatimah

-

Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Kanakkanak dan Kesejahter­aan Komuniti Sarawak akan lebih agresif mencari serta menambah rakan strategik Kenyalang Gold Card (KGC) pada tahun ini.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, KGC merupakan satu inisiatif kerajaan negeri yang membolehka­n pihak swasta, badan korporat, syarikat, pasar raya dan kedai yang ingin menawarkan diskaun atau rebat ke atas produk dan perkhdimat­an mereka kepada pemegang kad.

“Oleh itu, kita mahu menambah rakan strategik supaya kad ini dapat digunakan dengan lebih menyeluruh lagi,” ujarnya ketika berucap pada majlis penyampaia­n plak rakan strategik KGC kepada Win Hotel di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu yakin banyak yang mahu menjadi rakan strategik KGC tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk memohon, di mana permohonan boleh dibuat secara manual dengan mendapatka­n borang di Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mengisi borang secara dalam talian.

Di Bahagian Sibu katanya, kini terdapat sebanyak 40 rakan strategik yang menawarkan pelbagai kesitimewa­an kepada pemegang kad, dengan 471 rakan strategik di seluruh Sarawak.

“Di Sibu, terdapat seramai 37,930 pemegang KGC daripada jumlah keseluruha­n sebanyak 273,979 pemegang KGC,” jelasnya sambil menambah, KGC boleh dipohon oleh semua warga emas

Sarawak yang berumur 60 tahun dan keatas.

Sebagai rakan strategik yang baharu katanya, Win

Hotel menawarkan kadar korporat bagi kadar harga bilik yang tersedia di hotel terbabit.

Selain Win Hotel, rakan strategik di Sibu adalah Sibu Specialist Medical Centre, Ban Siew Casket, 20DB

Hearing Sdn Bhd dan banyak lagi.

Menyentuh mengenai pindaan Bantuan Ihsan Kematian (BIK) yang disalurkan kepada pemegang KGC, Fatimah berkata pindaan itu nanti diharap dapat memberi manfaat yang lebih kepada pemegang kad semasa mereka masih hidup.

“Kita telah menyemak semula bantuan dan dengan kelulusan kerajaan negeri, diharap dapat bermula tahun ini. Kita akan bermula dari kumpulan B40, di mana ia akan memberi faedah perubatan kepada mereka.

“Apabila pemegang KGC ini pergi ke panel kesihatan kita untuk mendapatka­n rawatan, bayaran rawatan akan terus ditolak daripada jumlah yang diberikan kepada pemegang kad,” jelasnya sambil menambah had bantuan untuk satu tahun akan ditetapkan nanti.

Menurut Fatimah, ini bermakna bila pemegang kad masih hidup, mereka boleh menggunaka­n KGC untuk mendapatka­n rawatan kesihatan di klinik dan hospital swasta supaya mereka tidak perlu beratur untuk mendapatka­n rawatan kesihatan di hospital kerajaan.

Difahamkan, BIK yang berjumlah RM3,000 itu akan dikurangka­n dan disalur kepada pemegang kad untuk mendapatka­n rawatan kesihatan terbabit.

Hadir sama pada majlis iru ialah Pengurus Win Hotel Desmond Leong, Ketua Cawangan Bantuan Kesejahter­aan Sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Rohana Isnawi serta Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu Tang Kee Lee.

 ?? ?? TERBAHARU: Fatimah (dua kiri) menyampaik­an plak rakan strategik KGC kepada Leong (tiga kiri) sambil diperhatik­an oleh Tang (kiri) dan Rohana.
TERBAHARU: Fatimah (dua kiri) menyampaik­an plak rakan strategik KGC kepada Leong (tiga kiri) sambil diperhatik­an oleh Tang (kiri) dan Rohana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia