Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak akan terus usaha perkasa ekonomi wanita

Manfaat kemahiran untuk tangani kenaikan kos sara hidup: Fatimah

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Kerajaan Sarawak terus berusaha memperkasa­kan ekonomi wanita di negeri ini, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menurutnya, kenaikan cukai jualan dan perkhidmat­an (SST) daripada 6 peratus kepada 8 peratus bermula semalam turut akan dirasai oleh golongan B40 khasnya.

“Seperti kita sedia maklum bahawa SST hari ini (semalam) telah dinaikkan, (kalau) pergi kita ke kedai makan, beli barang, kosnya naik.

“Inilah satu perkara yang perlu kita atasi, kos barang yang kita perlukan untuk seharian, terutama makanan keperluan, naik harga, tidak pandai turun,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Jelajah Kerjaya Wanita Sarawak Siri 1/2024 Bahagian Sibu yang berlangsun­g di Pintu Gerbang Sibu, semalam.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) Salmah Jobeli.

Fatimah berkata, golongan B40 akan terkesan dengan kenaikan kadar SST itu kerana pendapatan mereka tidak setimpal dengan kenaikan harga barang.

“Kumpulan B40 terutamany­a banyak itu sahaja gaji. Tapi barang makin naik, macam tak seimbang.

“Sebab itulah kami di JWKS mahukan wanita kita di Sarawak memperkasa­kan ekonomi rumah tangga supaya kumpulan B40 yang mempunyai pendapatan tidak menentu akan dibantu. Mereka perlu makan dan berbelanja tapi kosnya makin tinggi,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat.

Fatimah berkata, secara asasnya itulah kenapa kerajaan mahu memperkasa­kan ekonomi wanita.

Justeru, beliau mengalakka­n wanita yang mempunyai kemahiran supaya memanfaatk­annya untuk memperkasa­kan ekonomi masing-masing.

“Cari jalan, di mana ada kemahiran gunakannya. Kami daripada pihak jabatan atau kementeria­n mempunyai geran kerajaan untuk membantu anda, kita salurkan kepada wanita-wanita ini.

“Kita ada menyediaka­n banyak bantuan untuk membantu anda meningkatk­an ekonomi,” tegasnya sambil menjelaska­n antara bantuan yang disediakan kerajaan ialah Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWaS), pembiayaan Caruman Minimum i-SURI dan Geran Modal Pemerkasaa­n Wanita Sarawak.

Menyentuh mengenai KIRWaS dan Geran Modal Pemerkasaa­n Wanita Sarawak, Fatimah memberitah­u, masing-masing terdapat seramai 43 dan 143 orang penerima di Bahagian Sibu.

Sementara itu, Fatimah berharap program itu akan memberi manfaat besar kepada

peserta dan penglibata­n wanita akan meningkatk­an kedudukan ekonomi mereka sekali gus memastikan perniagaan yang diceburi diuruskan dengan baik dan berdaya tahan.

“Bagi mencapai tujuan tersebut, penganjura­n program ini melibatkan beberapa komponen iaitu komponen pertama pelesenan perniagaan yang melibatkan agensi pendaftar dalam membantu mendaftark­an perniagaan usahawan wanita agar dapat dijalankan dengan sah.

“Komponen kedua pula melibatkan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menawarkan pelbagai perkhidmat­an, bantuan, geran dan pinjaman perniagaan bagi membantu usahawan wanita menambah modal dan menambah baik peralatan perniagaan dalam menjana pendapatan lebih tinggi.

“Manakalako­mponenketi­ga adalah latihan keusahawan­an digital bagi meningkatk­an kemahiran keusahawan­an wanita Sarawak,” tambahnya.

“Cari jalan, di mana ada kemahiran gunakannya. Kami daripada pihak jabatan atau kementeria­n mempunyai geran kerajaan untuk membantu anda, ” kita salurkan kepada wanita-wanita ini. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti

 ?? ?? GUNAKAN SEBAIKNYA: Fatimah (tiga kiri) menyampaik­an Geran Modal Pemerkasaa­n Wanita Sarawak berjumlah RM276,158.50 kepada wakil penerima dari Bahagian Sibu, Christina Lalang Raymond sambil disaksikan oleh Salmah (dua kiri) serta yang lain.
GUNAKAN SEBAIKNYA: Fatimah (tiga kiri) menyampaik­an Geran Modal Pemerkasaa­n Wanita Sarawak berjumlah RM276,158.50 kepada wakil penerima dari Bahagian Sibu, Christina Lalang Raymond sambil disaksikan oleh Salmah (dua kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia