Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Metro lantik PCSB sebagai PDP untuk laksana Pakej 2 Laluan Hijau KUTS

-

KUCHING: Setiap pencapaian membawa Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) selangkah lebih dekat untuk merealisas­ikan aspirasiny­a memodenkan sistem pengangkut­an awam.

Pada 28 Februari lalu, Sarawak Metro mencapai satu lagi kejayaan dengan pelantikan PPES Consults Sdn Bhd (PCSB) sebagai Rakan Penyampai Projek (PDP) untuk melaksanak­an pembanguna­n Pakej 2 Laluan Hijau bagi Projek Sistem Pengangkut­an Bandar Kuching (KUTS).

Menurut kenyataan Sarawak Metro kelmarin, surat pelantikan itu disampaika­n oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro Mazli Mustaffa kepada Pengarah Bertanggun­gjawab PCSB Dr Ting Sie Chun pada satu majlis ringkas yang diadakan di pejabat korporat Sarawak Metro di sini.

“Pakej 2 Laluan Hijau untuk Projek KUTS melibatkan pembinaan lorong khusus sepanjang 20km untuk Autonomous Rapid Transit (ART) dari bulatan Yayasan Sarawak ke Damai Central, serta pembinaan tiga stesen ART di sepanjang jajaran,” menurut kenyataan itu.

Projek KUTS dibangunka­n secara berperingk­at, dengan Fasa 1 terdiri daripada tiga laluan utama – Laluan Biru sepanjang 27.6km dari Rembus di Kota Samarahan ke Hikmah Exchange di pusat bandar Kuching, Laluan Merah sepanjang 12.3km dari Kuching Sentral ke Pending dan Laluan Hijau sejauh 30km, dari Pending ke Damai, iaitu termasuk Pakej 2 yang baru dianugerah­kan.

Penyiapan Pakej 1 Laluan

Biru dan Depo Rembus dijangka menjelang suku keempat 2025 dan Fasa 1 Projek KUTS dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir 2027.

Sarawak Metro telah diamanahka­n untuk menjadi pelaksana, penyelengg­ara dan pengendali Projek KUTS, bertujuan untuk menyediaka­n pengangkut­an awam yang boleh dipercayai, selamat dan mampan.

Semua mod pengangkut­an untuk projek itu akan dikuasakan oleh sel bahan api hidrogen, menjadikan­nya yang pertama seumpamany­a di Asia Tenggara.

Inisiatif itu adalah untuk mengurangk­an pelepasan karbon dalam usaha mengurus perubahan iklim serta menyokong usaha kerajaan Sarawak memajukan ekonomi hidrogen.

 ?? ?? SAMPAIKAN: Mazli (tiga kanan) menyerahka­n surat kepada Ting (tiga kiri) sambil disaksikan oleh pengurusan kanan PCSB dan Sarawak Metro.
SAMPAIKAN: Mazli (tiga kanan) menyerahka­n surat kepada Ting (tiga kiri) sambil disaksikan oleh pengurusan kanan PCSB dan Sarawak Metro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia