Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak terima Anugerah Khas Integriti

- KUCHING:KerajaanSa­rawak

menerima Anugerah Khas Integriti sempena Majlis Penyampaia­n Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023 anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) yang diadakan di Perbadanan Putrajaya kelmarin.

Anugerah itu adalah sebagai pengiktira­fan kepada kerajaan Sarawak atas usaha pembudayaa­n integriti, tatakelola yang baik dan antirasuah di Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.

Anugerah itu telah disampaika­n oleh Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang mewakili Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof kepada Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya.

AIGA 2023 merupakan satu anugerah bagi memberikan pengiktira­fan dan penghargaa­n kepada sektor awam dan swasta yang menzahirka­n komitmen dalam pembudayaa­n dan pengama

lan integriti, tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah dalam organisasi mereka.

Beberapa kategori anugerah dipertandi­ngkan iaitu Anugerah Gangsa, Anugerah Perak, Anugerah Emas, Anugerah Emas Tertinggi dan Anugerah Platinum.

Sebanyak 12 agensi kerajaan dan GLC daripada Sarawak telah menyertai AIGA 2023 dengan Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) merangkul Anugerah

Emas Tertinggi (Top 5) pada majlis berkenaan.

Antara pemenang Anugerah Emas AIGA 2023 ialah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Dewan Bandaraya Kuching Utara, Jabatan Hutan Sarawak dan Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak.

Pemenang Anugerah Perak AIGA 2023 pula ialah Jabatan Agama Islam Sarawak, LAKU Management Sdn Bhd dan Kementeria­n Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan Sarawak.

Manakala, pemenang bagi Anugerah Pingat Gangsa AIGA 2023 adalah Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA), Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) dan Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak pula mendapat sijil penyertaan AIGA 2023.

Turut hadir ialah Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Negeri Sarawak (UNIONS) Semawi Mohamad.

 ?? ?? TAHNIAH: Juanda merakamkan kenangan bersama pemenang AIGA 2023 dari agensi kerajaan Sarawak pada AIGA 2023 di Perbadanan Putrajaya, kelmarin.
TAHNIAH: Juanda merakamkan kenangan bersama pemenang AIGA 2023 dari agensi kerajaan Sarawak pada AIGA 2023 di Perbadanan Putrajaya, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia