Utusan Borneo (Sarawak)

ACCCIS diseru terus sokong, promosi inisiatif PCDS 2030

Wawasan Sarawak adalah meneruskan kemajuan ekonomi, kemakmuran berlandask­an strategi tersebut: Abang Johari

- Oleh Agnes Tugong Premier Sarawak

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menggesa ahli-ahli Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Bersekutu Sarawak (ACCCIS) untuk terus menyokong dan mempromosi­kan inisiatif Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Memasuki tahun 2024 ini, wawasan Sarawak kata Abang Johari adalah untuk meneruskan kemajuan ekonomi dan kemakmuran untuk Sarawak berlandask­an kepada PCDS 2030.

“Saya ingin merakamkan penghargaa­n saya kepada ACCCIS kerana sentiasa menyokong dasar-dasar yang dilaksanak­an oleh kerajaan Sarawak dan saya menyeru ahli-ahli untuk meneruskan promosi yang rancak untuk PCDS 2030.

“Saya terbuka untuk mempertimb­angkan permintaan bantuan,” katanya dalam teks ucapannya sempena

Malam Tahun Baharu Cina dan Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China anjuran

ACCCIS di Hotel Imperial, kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Premier

Datuk Amar Dr Sim Kui Hian yang mewakili beliau pada majlis itu.

Mengenai hubungan diplomatik Malaysia-China, Abang Johari berkata tahun ini menandakan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik MalaysiaCh­ina, yang mempunyai kepentinga­n istimewa bagi kedua-dua negara, serta Sarawak.

“Saya memuji hubungan yang terjalin dan mesra antara Sarawak dan China, merangkumi kerjasama ekonomi, pendidikan dan kebudayaan.

“Hubungan ini bukan sahaja mengukuhka­n hubungan ekonomi tetapi juga memudahkan pertukaran budaya dan kerjasama pendidikan.

“Khususnya, kerjasama Sarawak dengan China dalam projek perintis, seperti Autonomous Rapid Transit (ART) berkuasa hidrogen pertama di dunia, menyerlahk­an kerjasama yang berjaya dalam teknologi termaju,” ujarnya.

Kata Abang Johari lagi, pertumbuha­n ekonomi yang teguh di China menjadi model teladan untuk Sarawak belajar daripadany­a, dan Sarawak mengharapk­an kerjasama selanjutny­a, memacu pembanguna­n Sarawak dan mencapai kejayaan bersama.

Sehubungan itu, Abang Johari mengajak semua untuk terus bekerjasam­a untuk kemakmuran dan pembanguna­n mampan Sarawak serta keamanan dan keselamata­n bagi rantau ini.

Hadir sama Konsul Jeneral China di Kuching Xing Weiping, Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin dan Presiden ACCCIS Kong Chiong Ung.

Saya ingin merakamkan penghargaa­n saya kepada ACCCIS kerana sentiasa menyokong dasar-dasar yang dilaksanak­an oleh kerajaan Sarawak dan saya menyeru ahli-ahli untuk meneruskan promosi yang rancak untuk PCDS 2030.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? RAIKAN BERSAMA: Dr Sim (tengah) bersama yang lain memotong kek pada Malam Tahun Baharu Cina dan Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China, malam kelmarin.
— Gambar Chimon Upon RAIKAN BERSAMA: Dr Sim (tengah) bersama yang lain memotong kek pada Malam Tahun Baharu Cina dan Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia