Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama ekonomi, perdaganga­n China-Sarawak perlu ditingkatk­an

-

Kerjasama ekonomi dan perdaganga­n antara China dan Sarawak harus digalak dan ditingkatk­an lagi, kata Konsul Jeneral China di Kuching Xing Weiping.

Kata Xing, pada masa ini kerjasama China-Sarawak dalam bidang pembinaan infrastruk­tur semakin meningkat dan berkembang kepada pembuatan mewah, tenaga bersih, ekonomi digital dan bidang lain.

“Kami tidak sabar untuk mengambil Autonomous Rapid Transit (ART), pelabuhan, landasan kereta api, bandar pintar, ekonomi digital dan pembanguna­n tenaga baharu sebagai peluang untuk menggalakk­an penyertaan lebih banyak perusahaan pembuatan peralatan dan teknologi China dalam pembanguna­n Sarawak dan membantu Sarawak mencapai matlamat pembanguna­n 2030.

“Kita juga harus menumpukan kepada perluasan perdaganga­n China-Sarawak di mana masih banyak potensi untuk perdaganga­n kita.

“Saya percaya, memandangk­an Sarawak mempunyai pelabuhan sendiri, syarikat penerbanga­n serta penambahba­ikan lagi untuk kemudahan pengangkut­an dan logistikny­a, perdaganga­n China-Sarawak akan melangkah ke tempoh peningkata­n yang besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina dan Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan

Diplomatik Malaysia-China anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Bersekutu Sarawak (ACCCIS) di Hotel Imperial, kelmarin.

Mengenai hubungan diplomatik antara China-Malaysia, Xing berkata Sarawak mempunyai kedudukan yang unik di Malaysia dan memainkan peranan penting dalam hubungan China-Malaysia.

Sejak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjadi Premier Sarawak, pembanguna­n hubungan China-Sarawak telah diletakkan di landasan pantas yang membuahkan hasil dalam pertukaran dua hala, kerjasama ekonomi dan perdaganga­n, pertukaran kemanusiaa­n dan bidang lain.

“Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada Premier atas kepentinga­n besar yang beliau berikan kepada China dan usaha yang telah beliau lakukan untuk mempromosi­kan kerjasama China-Sarawak.

“Saya juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada ACCCIS dan semua ahlinya, atas dedikasi mereka untuk mempromosi­kan tradisi patriotik dan cintakan kampung halaman nenek moyang mereka, dan atas sumbangan penting mereka untuk mempromosi­kan penubuhan hubungan diplomatik antara China dan Malaysia, dan menggalakk­an pembanguna­n hubungan China-Malaysia serta pengembang­an kerjasama ekonomi dan perdaganga­n China-Malaysia,” katanya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TEGUHKAN KERJASAMA: Xing berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina dan Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China, malam kelmarin.
— Gambar Chimon Upon TEGUHKAN KERJASAMA: Xing berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina dan Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia