Utusan Borneo (Sarawak)

ACCCIS mahu manfaatkan ‘One Belt, One Road’ tingkat peluang perniagaan China dan Sarawak

-

Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Bersekutu Sarawak (ACCCIS) berhasrat untuk memanfaatk­an inisiatif ‘One Belt, One Road’ China untuk mewujudkan peluang perniagaan yang luas antara China dan Sarawak.

Presiden ACCCIS Kong Chiong Ung berkata, inisiatif ini juga sempena dengan Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 Sarawak, bertujuan memudahkan pengembang­an pasaran dan menggalakk­an kerjasama lebih erat antara kedua-dua pihak.

“ACCCIS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada Konsulat Jeneral China di Kuching atas sokongan padunya selama ini.

“Kami yakin bahawa kerjasama berterusan ini akan meningkatk­an lagi interaksi ekonomi dan perdaganga­n antara Sarawak dan China,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina dan Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China anjuran ACCCIS di Hotel Imperial di sini, kelmarin.

Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian hadir pada majlis tersebut mewakili Premier Datuk Patinggi Tan

Sri Abang Johari Tun Openg bersama Konsul Jeneral China di Kuching Xing Weiping serta yang lain.

Bercakap mengenai hubungan diplomatik antara Malaysia-China, Kong berkata kemajuan hubungan diplomatik berkait rapat dengan usaha dewan perniagaan.

Seperti organisasi Cina lain di Malaysia katanya, dewan perniagaan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan antara Malaysia dan China.

Dalam perkembang­an lain, Kong memberitah­u Dewan Perniagaan dan Perdaganga­n Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) akan menganjurk­an

Konvensyen Usahawan Cina Sedunia Ke-17 (WCEC Ke17) di Kuala Lumpur dari 9 hingga 11 September tahun ini dengan penyertaan 4,500 usahawan dari seluruh dunia.

Selepas konvensyen ini katanya, ACCCIS akan menganjurk­an acara di bandarband­ar utama bagi perwakilan yang memilih untuk melawat Sarawak.

Perhimpuna­n ini katanya, bukan sahaja akan mempamerka­n potensi ekonomi dan peluang pelaburan Sarawak, tetapi juga menyediaka­n kedua-dua wakil domestik dan antarabang­sa dengan pandangan yang tidak ternilai tentang Sarawak.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? SAMPAIKAN: Kong (empat kiri) menyampaik­an replika cek sumbangan berjumlah RM30,000 kepada wakil Kuching Life Care Society pada majlis tersebut.
— Gambar Chimon Upon SAMPAIKAN: Kong (empat kiri) menyampaik­an replika cek sumbangan berjumlah RM30,000 kepada wakil Kuching Life Care Society pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia