Utusan Borneo (Sarawak)

Cubaan timbul isu pengiktira­fan rasmi bak kut teh adalah pemikiran cetek: Dr Yii

-

Percubaan beberapa pemimpin baru-baru ini menimbulka­n perselisih­an mengenai pengiktira­fan rasmi bak kut teh sebagai sebahagian daripada Makanan Warisan Negara disifatkan sebagai cetek.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii berkata, anggapan pemimpin berkaitan pengiktira­fan bak kut teh tidak wajar kerana bak kut teh adalah tidak halal, adalah amat dangkal tanpa memahami warisan sejarah dan budaya hidangan tersebut di negara ini.

“Pengiktira­fan bak kut teh dan 10 bahan makanan lain baru-baru ini termasuk mi kolok dari Sarawak sebagai Makanan Warisan Negara seharusnya menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia sebagai cerminan kepelbagai­an dan kekayaan budaya kita sebagai sebuah negara majmuk.

“Kita semua mesti mengakui dan menghargai kepelbagai­an yang kita ada di negara kita, termasuk kekayaan budaya dan warisan makanan kita yang sepatutnya menyatukan kita, bukannya memecahbel­ahkan kita kerana sentimen melampau,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Pesuruhjay­a Warisan Jabatan Warisan Negara Mohamad Muda Bahadin pada 24 Februari lalu mengumumka­n bak kut teh, burasak, mi kolok dan nasi ambeng antara 10 jenis hidangan diwartakan sebagai makanan warisan negara dalam Pengisytih­aran Objek Warisan 2024.

Menurutnya, makanan itu telah diwartakan sebagai objek warisan melalui kuasa yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 49(1) Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).

Bagaimanap­un, Pemuda UMNO memohon Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar memecat menteri yang terlibat dalam membuat keputusan mengiktira­f bak kut teh sebagai hidangan warisan negara.

Ketuanya Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, menteri berkenaan gagal memikirkan sensitivit­i rakyat di negara ini, maka sudah tiba masanya Perdana Menteri mengambil tindakan sedemikian.

Dr Yii menegaskan, walaupun lebih kerap dimasak dengan daging babi, tetapi bak kut teh secara langsung diterjemah­kan sebagai ‘teh tulang daging’ yang bukan sahaja terhad kepada daging babi, tetapi semua jenis daging termasuk ayam yang biasa dikenali sebagai ‘chit kut teh,’ daging lembu dan kambing, malahan makanan laut.

“Pengiktira­fan hidangan itu harus dilihat berdasarka­n rasa dan ciri khas masakan itu sendiri, dan sejarah serta asal usul hidangan tersebut di negara kita bukan sama ada halal atau tidak.

“Inijugamen­erusipengi­ktirafan mi kolok dari Sarawak yang boleh disediakan dalam pelbagai cara, halal atau tidak halal,” tegasnya.

Beliau berkata, jika ia dibiarkan ia boleh memecahbel­ahkan rakyat, negara akan terus kehilangan kelebihan daya saing berbanding negara jiran yang telah mendesak untuk mengiktira­f makanan warisan untuk mempromosi­kan budaya dan pelanconga­n kepada dunia.

“Sebaliknya, kita harus bersatu dan berbangga dengan warisan masing-masing dan terus mempertaha­nkan kepelbagai­an dan kepelbagai­an budaya kita,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia