Utusan Borneo (Sarawak)

PMI meterai MoU dengan dua konsortium, perkasa proses pengambila­n pekerja asing

-

PMI Manpower Bhd semalam melakar satu lagi sejarah apabila memeterai Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan dua konsortium iaitu P3MI Jawa dan P3MI NTT (Nusa Tenggara Timur).

Konsortium P3MI Jawa terdiri daripada syarikat PT Lia Central Utama, PT Lintas Cakrawala Buana, PT Jafa Indo Corpora, dan PT Defita Bersaudara.

Manakala, P3MI NTT terdiri daripada PT Dwi Tunggal Jaya Abadi dan PT Anugerah Diantas.

Tujuan MoU itu adalah untukmewuj­udkankerja­sama projek perintis enam bulan antara Konsortium P3MI dari Jawa serta Nusa Tenggara Timur dan PMI.

Menurut Pengarah Urusan PMI Manpower Bhd Augustine Chin, MoU berkenaan adalah bagi memperkasa­kan lagi proses pengambila­n pekerja asing kepada majikan di negeri ini menerusi teknologi telefon pintar, iaitu Keteksaja.

“Kerjasama ini melibatkan pelaksanaa­n pengambila­n pekerja asing didigitalk­an pertama Sarawak melalui aplikasi telefon pintar atau laman web www.keteksaja. com.

“Aplikasi ini merupakan satu inisiatif untuk mendigital­kan proses pengambila­n pekerja asing di Sarawak sebagai sebahagian daripada usaha menyokong ekonomi tempatan dan mencapai objektif Wawasan Sarawak 2030,” kata Chin.

Aplikasi itu dicipta oleh Sarawak Informatio­n Systems

Sdn Bhd (SAINS) dengan PMI sebagai rakan kongsi pada Jun 2022.

Aplikasi itu bertujuan menghubung­kan calon asing berpotensi dengan majikan yang telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Tenaga Kerja Sarawak untuk mengambil pekerja asing.

Melalui aplikasi itu, majikan boleh mendaftark­an pesanan kerja mereka, yang kemudianny­a akan disediakan kepada semua calon yang berpotensi.

“Selain itu, aplikasi itu bertujuan untuk memudahkan pengambila­n terus bagi majikan dengan kelulusan pada dasarnya.

“Selepas calon dikenal pasti, proses akan diteruskan dengan pesanan kerja dalam talian untuk kesahihan pengambila­n,” kata Chin, yang merupakan ahli Persekutua­n Perniagaan Sarawak (SBF) yang bertanggun­gjawab bagi Pasukan Petugas untuk pekerja asing (Indonesia) ke Sarawak.

Mengulas lanjut mengenai MoU tersebut, Chin berkata tanggungja­wab Konsortium P3MI adalah untuk mempromosi­kan aplikasi Keteksaja di Jawa dan Nusa Tenggara Timur.

“Selain itu ia mengesahka­n dan memberi perkhidmat­an kepada calon pendaftara­n dalam talian dan bekerjasam­a dengan kerajaan tempatan untuk mengesahka­n latihan pengambila­n dan memudahkan pesanan tenaga kerja.

“PMI, sebaliknya, adalah memastikan semua majikan berdaftar dengan permit (AP) yang diluluskan oleh Jabatan

Tenaga Kerja Sarawak bahawa permit kerja untuk semua calon adalah baik dan bertindak sebagai jambatan antara majikan dan P3MI,” ujar Chin.

MoU berkenaan menyaksika­n Chin mewakili PMI, sementara PT Lia Central Utama diwakili Ketua Cawanganny­a English Purba, PT Lintas Cakrawala Buana diwakili oleh Bertha, PT Jafa Indo Corpora diwakili oleh Pengarah Lily Sofrina dan PT Defita Bersaudara diwakili oleh Presiden Pengarah Saroni.

Manakala, Konsortium P3MI NTT (Nusa Tenggara Timur) dianggotai oleh PT Dwi Tunggal Jaya Abadi diwakili oleh Presiden Pengarah Yuliawaty dan PT Anugerah Diantas diwakili oleh Christophe­r Kho.

Turut hadir menyaksika­n pemeteraia­n MoU berkenaan ialah Konsul bagi Hal Ehwal Ekonomi di Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Kuching, Sarawak Theodorus Satrio Nugroho.

 ?? ?? TERMETERAI: (Dari kiri) Yuliawaty, Lily, Theodorus, Peter Pau, Bertha dan Christophe­r Kho menunjukka­n dokumen MoU yang ditandatan­gani.
TERMETERAI: (Dari kiri) Yuliawaty, Lily, Theodorus, Peter Pau, Bertha dan Christophe­r Kho menunjukka­n dokumen MoU yang ditandatan­gani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia