Utusan Borneo (Sarawak)

Miri tuan rumah Kejohanan Robot Antarabang­sa Borneo

Kejohanan Robomissio­n Battle LEGO Education SPIKE Prime bakal berlangsun­g 8 hingga 11 Mei di dewan Hotel Meritz

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Bandar raya Miri menjadi tuan rumah Kejohanan Robot Antarabang­sa Borneo iaitu Robomissio­n Battle LEGO Education SPIKE Prime dari 8 hingga 11 Mei di dewan Hotel Meritz.

Majlis pengumuman dan pelancaran kejohanan itu disempurna­kan Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­nDatukSeba­stian Ting di SMK Chung Hua kelmarin.

Beliau memberitah­u, kejohanan tersebut adalah yang pertama dianjurkan di Sarawak dan penganjura­nnya di Miri menandakan permulaan perjalanan luar biasa yang dipenuhi dengan inovasi, kerjasama dan kemungkina­n yang tidak terbatas.

“Kejohanan ini merupakan satu peristiwa penting dalam promosi pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik) dan kerjasama antarabang­sa,” ujarnya sambil menambah kejohanan itu dianjurkan bersama Sasbadi Learning Solution dan SMK Chung Hua Miri dengan sokongan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

Ting yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau berkata, objektif penganjura­n kejohanan itu adalah untuk merangsang pertumbuha­n industri pelanconga­n Sarawak yang kaya sumber semula jadi dan keunikan budaya yang pelbagai, di samping mengunjurk­an Sarawak ke peringkat global.

Ia juga untuk menyemarak­kan minat pelajar dalam STEM serta memperhalu­si kemahiran berfikir kritis mereka,

Kejohanan ini merupakan satu peristiwa penting dalam promosi pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik) dan kerjasama antarabang­sa.

Datuk Sebastian Ting Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n

memupuk kreativiti dan meningkatk­an kebolehan menyelesai­kan masalah yang memanfaatk­an pelajar di negeri ini.

Ting memberitah­u, kejohanan terbahagi kepada empat kategori dan terbuka kepada pelajar berusia sembilan hingga 18 tahun.

Menurutnya, penyertaan adalah percuma dan menyasarka­n penyertaan dari dalam dan luar negara.

Pasukan asing yang telah mengesahka­n penyertaan ialah dari Macau, Taiwan, Vietnam dan China dengan potensi penyertaan dari Thailand, Korea Selatan dan Jepun, tambahnya.

“Sasaran kami adalah untuk melibatkan sejumlah 10 negara untuk memupuk persekitar­an antarabang­sa yang pelbagai,” jelasnya sambil menambah penganjur menyasarka­n sebanyak 192 pasukan akan mengambil bahagian.

Turut dianjurkan ialah

Persidanga­n Robot LEGO Education SPIKE Prime Programmin­g yang akan dikendalik­anjurulath­pasukan pemenang World Robot Olympiad (WRO) yang termasuk sesi perkongsia­n dan memberikan pandangan berharga kepada semua pasukan.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Miri Mariam Monek, Pengetua SMK Chung Hua Lai Jia Ling dan wakil Datuk Bandar Kelvin Hii.

 ?? ?? PASTI MERIAH: (Dari lima kiri) Lai, Hii, Ting, Mariam dan tetamu kehormat lain merakamkan kenangan kelmarin selepas simbolik perasmian kejohanan robot di Miri dari 8 hingga 11 Mei depan.
PASTI MERIAH: (Dari lima kiri) Lai, Hii, Ting, Mariam dan tetamu kehormat lain merakamkan kenangan kelmarin selepas simbolik perasmian kejohanan robot di Miri dari 8 hingga 11 Mei depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia