Utusan Borneo (Sarawak)

Lagi laporan polis dibuat terhadap ‘Bozz Jebat’

-

Lagi laporan polis terhadap Zool Amali Hussin yang turut dikenali sebagai ‘Bozz Jebat’ yang didakwa menghina Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing di platform media sosial.

Petang kelmarin, Ketua Parti Demokratik Progresif (PDP) Cabang Tanjong Batu Kong Ngiou Kwong, Setiausaha­nya Eric Pau, Ketua Pemuda PDP Tanjung Batu Yiek Chiong Wei dan ahli jawatankua­sa Liga Belia Eric Fung tampil di Balai Polis Bintulu bagi membuat laporan polis.

Laporan polis yang dibuat PDP Tanjong Batu dan sayap Pemudanya itu bertujuan adalah agar pihak polis mengambil tindakan segera ke atas isu tersebut.

Bercakap kepada media selepas membuat laporan polis itu, Kong berkata kenyataan Zool Amali Hussin itu bukan sahaja menghina Premier dan menteri Sarawak, bahkan tidak menghormat­i rakyat Sarawak.

“Kita menegaskan agar Zool Amali Hussin mesti bertanggun­gjawab terhadap kenyataan fitnahnya dan perlu memohon maaf secara terbuka atas kelakuan mela

mpau dan tidak munasabah tersebut,” katanya.

Katanya, tingkah laku Zool Amali Hussin dalam video dipaparkan yang sentiasa mengkritik Premier Sarawak adalah menghina kebijaksan­aan Premier dan mencabar toleransi rakyat Sarawak.

Kong berkata, selepas video itu menjadi tular, lebih 2,000 ahli parti di cawangan Tanjong Batu menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Zool Amali Hussin dan menuntut pemimpin menggunaka­n semua cara undang-undang untuk membawa

keadilan kepada mereka yang bertanggun­gjawab terhadap video kebencian itu.

Tambahnya, kenyataan Zool Amali Hussin adalah melampau dan penuh kebencian malah menjejaska­n hubungan mesra antara penduduk Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia.

Oleh itu katanya, bagi pihak PDP, Kong menyeru pihak polis untuk menyiasat secara serius perkara tersebut dan memberikan maklumat terkini kepada Premier Sarawak dan Tiong yang juga Presiden PDP.

 ?? ?? MOHON TINDAKAN: Kong (dua kiri) bersama ahli jawatankua­sa PDP Tanjong Batu dan sayap Pemudanya menunjukka­n salinan laporan polis yang telah dibuat petang kelmarin.
MOHON TINDAKAN: Kong (dua kiri) bersama ahli jawatankua­sa PDP Tanjong Batu dan sayap Pemudanya menunjukka­n salinan laporan polis yang telah dibuat petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia