Utusan Borneo (Sarawak)

Kimgres Marketing adakan Kimgres Ramadan Sale sehingga 30 Mac

-

KUCHING: Kimgres Marketing Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Kim Hin Industry Berhad, kini mengadakan Kimgres Ramadan Sale bermula semalam hingga 30 Mac.

Jurucakap Kimgres Marketing Sdn Bhd berkata, pihaknya menampilka­n seleksi pilihan unik sempena dengan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

“Kami menjual lebih daripada 10 siri jubin berkualiti tinggi yang biasanya dieksport untuk pasaran di Amerika Syarikat, tetapi kali ini untuk pasaran tempatan dengan harga berpatutan,” katanya.

Siri jubin keluaran baharu Kimgres itu merangkumi Spectrum, Lace, Exotic, Marakkech, Capri Classic, Hexagon, Atmosphere­s, Terrazo, Cosmos, Elements, Citrine dan Vinilo.

Selain itu, Santa Ana Fremont, Industrial Terrazo, Picco, Dove, Quartiziti, Ca

lacatta Luna, Micro, Matang dan Greystone.

Sementara itu, Kimgres juga menjual jubin jenis porselin berukuran 6 kaki x 3 kaki yang diimport khas dari Shanghai, China untuk pembuatan meja dan meja kabinet dapur, tambahnya.

Pada masa sama, pihaknya turut memperkena­lkan rangkaian perkakasan untuk tandas dan bilik air.

“Ini termasuk, tandas

duduk, paip, rak tuala, cermin dan kabinet sinki dan banyak lagi,” ujarnya.

Jubin jenis hiasan atau Marrakech bagi dinding dan lantai turut dijual.

Justeru, Kimgres Marketing menjemput pengunjung untuk ke Cash & Carry Outlet Kim Hin Industry Berhad di Batu 4 1/2, Jalan Kung Phin di sini.

Untuk butiran dan pertanyaan lanjut, lawati bilik

pameran Kimgres Marketing atau media sosial di facebook. com/kimgres atau laman web www.kimgres.com.Jangan lepaskan peluang untuk datang pada waktu operasi Isnin hingga Sabtu dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke nombor WhatsApp 011-33724686 atau 017-8090828 atau menghubung­i talian 082-451567 atau 082-423727.

 ?? ?? PELBAGAI PILIHAN: Seleksi perkakasan tandas dan bilik air untuk dipilih.
PELBAGAI PILIHAN: Seleksi perkakasan tandas dan bilik air untuk dipilih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia