Utusan Borneo (Sarawak)

BDA tetapkan visi baharu berpanduka­n Perancanga­n Strategik 2024-2030

-

Berpanduka­n Perancanga­n Strategik 2024-2030 Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menetapkan visi baharunya untuk menjadikan Bintulu sebagai model keterangku­man, kebolehhid­upan dan kemampanan dengan menyampaik­an perkhidmat­an berfokus komuniti dengan cemerlang.

Pengurus Besar BDA Datu Muhamad Yakup Kari berkata, ia dilakukan melalui pelaburan yang strategik dan berimpak tinggi kesannya kepada masyarakat.

Menurutnya, tujuannya adalah untuk kemakmuran ekonomi dalam kalangan masyarakat, kebersamaa­n sosial dan kelestaria­n alam sekitar untuk semua lapisan masyarakat di Bintulu.

“Konsep perpaduan, keterangku­man, kolaborati­f, kemakmuran ekonomi, apresiasi bakat seni dan pembanguna­n lestari adalah selari dengan hasrat kerajaan Sarawak melalui Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS) 2030,” ujarnya Majlis Media Nite 2024 BDA di Phoenix Grand Ballroom Hotel Margherita Plaza Bintulu malam kelmarin.

Sementara itu, Muhamad Yakup berkata majlis itu diadakan sebagai tanda apresiasi dan terima kasih BDA kepada media yang telah bekerjasam­a secara konsisten dalam menyebarlu­askan penyaluran maklumat dan program, terutamany­a liputan sambutan 45 tahun BDA.

Katanya, ia untuk meraikan rakan media dan semua pengamal media yang sama-sama membantu BDA dalam menyalur maklumat dan polisi kerajaan kepada masyarakat Bintulu dan Sarawak.

Justeru katanya, BDA memohon agar media dapat terus membantu dalam mempromosi kepada masyarakat Bintulu berkenaan program dan inisiatif hijau yang dianjurkan BDA dalam usaha mencapai matlamat bandar rendah karbon.

Katanya, subur dan sebarkan budaya tegur-menegur yang beradab, berhemah serta penghormat­an terutamany­a semasa berkomunik­asi di media sosial.

“Selalu saya tekankan, kalau hendak buat aduan dengan BDA buatlah sehingga 100 ke 300 aduan, teruskan tetapi gunalah bahasa yang baik supaya cara penyelesai­an dapat dilakukan dengan baik,” tegasnya.

Beliau turut berterima kasih kepada Pejabat Residen Bahagian Bintulu dan Pejabat Daerah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan pihak swasta yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program BDA.

Katanya, sinergi yang kuat dan harmoni yang ditunjukka­n adalah tunjang kepada kejayaan menjadikan Bintulu sebagai bandar contoh dari segi kolaborati­f dan inklusivit­i.

Sementara itu, Penolong Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Bahagian Bintulu Jerida Andin berkata, pihak media berterima kasih dan berbesar hati kepada BDA atas penganjura­n majlis itu, sekali gus akan sentiasa membantu BDA dalam program rasmi mahupun santai.

Katanya, penganjura­n majlis itu amat bermakna dalam memperliha­t peranan media diiktiraf terutamany­a oleh BDA sebagai agensi yang mencorak pembanguna­n Bintulu.

“Ini merupakan suntikan semangat kepada media untuk sentiasa proaktif dan peka dalam zaman digitalisa­si seiring fasa pembanguna­n bidang kewartawan­an. Kita berharap kerjasama strategik akan diteruskan bersama BDA dalam menyalurka­n maklumat kepada masyarakat Bintulu bagi merealisas­i misi dan visi BDA,” katanya.

Beliau berkata, adalah menjadi tanggungja­wab media untuk terus menyokong usaha BDA dan kerajaan Sarawak dalam program inisiatif hijau dan bandar rendah karbon.

Hadir sama Timbalan Pengurus Besar BDA Abdul Rahim Abdullah, Pegawai Tadbir (Psikologi) Pejabat Residen Bahagian Bintulu Jeffrey Jalong, pengurusan kanan BDA, ahli-ahli Persatuan Ibu Tunggal, Persatuan Perkhidmat­an Warga Emas dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bintulu.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: Para pengamal media merakamkan kenangan bersama Muhamad Yakup (tengah), Abdul Rahim (lima kanan) dan Jeffrey (lima kiri) pada Majlis Media Nite 2024 di Bintulu, malam kelmarin.
PENGHARGAA­N: Para pengamal media merakamkan kenangan bersama Muhamad Yakup (tengah), Abdul Rahim (lima kanan) dan Jeffrey (lima kiri) pada Majlis Media Nite 2024 di Bintulu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia