Utusan Borneo (Sarawak)

Balai bomba kategori D akan dibina di Kabong: Mohd Chee

Berita baik yang dinanti-nantikan penduduk sejak dahulu lagi

- Oleh Kepu Sidi Mohd Chee Kadir

KABONG: Sebuah balai bomba kategori D akan dibina di Kabong, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Mohd Chee Kadir.

Menurutnya, balai bomba sememangny­a amat dinantinan­tikan oleh penduduk di sini ini sejak dahulu lagi.

“Balai bomba kategori D ini nanti akan memainkan peranan sebagai agensi yang memberikan respons pertama dan pantas kepada penduduk di kawasan ini jika berlaku kecemasan seperti kebakaran sebelum ketibaan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok.

“Kita sedang dalam proses mengenal pasti lokasi bagi mendirikan balai bomba ini dan berharap ia dapat dilaksana dalam masa terdekat.

“Pembinaan balai bomba di kawasan ini amat dialu-alukan oleh semua pihak kerana penduduk di Daerah Kabong ini telah mencecah lebih 15,000 orang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika sesi lawatan kerja Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak Tiong Ling Hii ke Pasukan

Bomba Sukarela Kabong di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kabong, kelmarin.

Mohd Chee berkata, permohonan bagi pembinaan balai bombaserin­gdibangkit­kanoleh penduduk di kawasannya.

Katanya, pada masa ini perkhidmat­an bomba yang beroperasi di Kabong adalah dari BBP Saratok yang terletak lebih kurang 50 kilometer dari Kabong.

“Jarak ini amat jauh dan jika berlaku kecemasan, risiko untuk kerja-kerja menyelamat amat besar dan mencabar

sekali.

“Oleh yang demikian, bagi pihak kita dan penduduk di Daerah Kabong amnya, pembinaan sebuah balai bomba di daerah ini amat diperlukan dan dihargai,” ujar Mohd Chee.

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Ahli Parlimen Saratok Datuk Ali Biju, Ketua Cawangan Operasi dan Balai JBPM Negeri Sarawak Nik Afiq Nik Roslan dan Ketua Cawangan Bahagian Keselamata­n Kebakaran Zon 3 Dihata Gobel.

“Pembinaan balai bomba di kawasan ini amat dialu-alukan oleh semua pihak kerana penduduk di Daerah Kabong ini ” telah mencecah lebih 15,000 orang.

 ?? ?? TAKLIMAT RINGKAS: Mohd Chee diberikan taklimat ringkas berkaitan dengan pembinaan balai bomba di Kabong semasa lawatan Tiong (kiri) kelmarin.
TAKLIMAT RINGKAS: Mohd Chee diberikan taklimat ringkas berkaitan dengan pembinaan balai bomba di Kabong semasa lawatan Tiong (kiri) kelmarin.
 ?? ?? BERKUALITI TINGGI: Seleksi jubin eksport ke luar negara kini dijual di pasaran tempatan pada harga berpatutan di Kimgres Marketing Sdn Bhd.
BERKUALITI TINGGI: Seleksi jubin eksport ke luar negara kini dijual di pasaran tempatan pada harga berpatutan di Kimgres Marketing Sdn Bhd.
 ?? ?? MENARIK: Jubin hiasan Be Spoke bertema ‘Tropical Leaves’ 16x6” pasti memukau mata yang memandang.
MENARIK: Jubin hiasan Be Spoke bertema ‘Tropical Leaves’ 16x6” pasti memukau mata yang memandang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia