Utusan Borneo (Sarawak)

Pameran MATTA Sarawak pada 8-10 Mac sasar jualan RM7 juta

Pelbagai pakej pelanconga­n menarik ditawar kepada pengunjung

- Oleh Henrietta Liza Pengerusi MATTA Sarawak

KUCHING: Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) Bab Sarawak menetapkan sasaran jualan pakej pelanconga­n berjumlah RM7 juta pada Pameran MATTA Sarawak 2024.

Pengerusi MATTA Sarawak Oscar Choo, ia susulan kejayaan pihaknya pada tahun lalu dengan sambutan yang begitu menggalakk­an.

“Tahun ini kita mendapat seramai 71 penyertaan daripada pempamer berbanding 43 pada tahun lalu.

“Malaysian Aviation Group (MAG) akan mengambil tiga ruangan pempamer pada pameran bermula 8 hingga 10 Mac 2024 di pusat belibelah The Hills,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir Penolong Pengurus Jualan Stesen MAG Alias Suut, Pengurus Jualan MAG Malaysia Timur Mohammed Firdaus Mohamed Zaidi, Timbalan Pengerusi MATTA Sarawak Mok Venia dan Ahli Majlis MATTA Sarawak Mohamad Fikri Zainol Majid.

Ditanya trend terkini pelanconga­n di Sarawak, Oscarberka­taramaiyan­gingin mencuba pakej perlayaran

terutama bagi mereka yang sukakan pelanconga­n dalam masa yang singkat.

“Pelanconga­n pelayaran mengambil masa antara tiga hingga lima hari sahaja dan khidmat di dalam kapal sangat menarik.

“Perkhidmat­an kru di dalam pelayaran ini semuanya warga asing dari seluruh dunia dan kemudahan yang disediakan amat sesuai untuk semua peringkat umur termasuk ahli keluarga yang mempunyai kelainan upaya,” tegasnya.

Sementara itu, MAG, Malaysia Airlines, Firefly dan MASWings merupakan syarikat penerbanga­n rasmi pemeran tersebut.

Para pengunjung akan berpeluang membeli pelbagai jenis pakej percutian domestik dan antarabang­sa daripada pelbagai pengendali pelanconga­n berlesen serta berpengala­man dan juga tiket MAG melalui ejen yang dilantik.

Untuk meningkatk­an lagi pengalaman pengunjung semasa pameran itu, promosi dan cabutan bertuah turut diadakan.

MAG akan memberikan tiket penerbanga­n yang menarik menerusi Peraduan Pembeli, manakala SCOOT akan memberikan dua tiket ulang-alik KuchingSin­gapura.

Turut menjadi rebutan ialah baucar Borneo Happy Farm, Damai Beach Resort, Damai Lagoon Resort, Grand Margherita, Harbour View Hotel, Hotel Grand Continenta­l Kuching, Pullman Kuching, Riverside Majestic Hotel, Royal

Malaysian Aviation Group (MAG) akan mengambil tiga ruangan pempamer pada pameran bermula 8 hingga 10 Mac 2024 di pusat beli-belah The Hills.

Oscar Choo

Kuching Cruise, Sarawak River Cruise, Sematan Palm Beach Resort, The Meritin Hotel, The Waterfront Hotel dan banyak lagi.

Kemasukan adalah percuma dan dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi urus setia MATTA di talian 082555853 (Azlina).

 ?? ?? SERTAI KAMI: (Dari kiri) Alias, Mohammed Firdaus, Oscar, Mok Venia dan Mohamad Fikri mempromosi­kan Pameran MATTA Sarawak 2024 yang akan berlangsun­g dari 8 hingga 10 Mac ini pada sidang media di Kuching, semalam.
SERTAI KAMI: (Dari kiri) Alias, Mohammed Firdaus, Oscar, Mok Venia dan Mohamad Fikri mempromosi­kan Pameran MATTA Sarawak 2024 yang akan berlangsun­g dari 8 hingga 10 Mac ini pada sidang media di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia