Utusan Borneo (Sarawak)

Pandelela masih dalam Program Podium, boleh sertai pertanding­an lain: Abd Karim

-

Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menghormat­i keputusan jawatankua­sa Road To Gold (RTG) yang menggugurk­an penerjun Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri daripada program itu.

Beliau berkata walaupun digugurkan daripada program itu, Pandelela masih boleh bersaing dalam pertanding­an lain dan masih berada dalam Program Podium.

”Program RTG telah ditubuhkan oleh Kementeria­n Belia dan Sukan untuk rakyat Malaysia meraih emas di Sukan Olimpik.

”Apabila atlet gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik, terpulang kepada jawatankua­sa untuk memutuskan sama ada merekamasi­hperlumeny­ertai program itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Baitul Makmur II semalam.

Abdul Karim menambah, meskipun digugurkan daripadaPr­ogramRTG,tidak bermakna Pandelela tidak boleh mewakili negara.

“Dalam Program Podium, beliau (Pandelela) masih boleh mewakili Malaysia dan boleh bersaing dalam pertanding­an serantau seperti Sukan SEA serta seterusnya memenangi pertanding­an.

”Kita mempunyai ramai atletpelap­istetapi(tiada)siapa yang boleh mengalahka­nnya sekarang. Di sinilah saya rasa persatuan terbabit perlu memainkan peranan mereka dalam melatih lebih ramai penyelam bagi menggantik­an Pandelela apabila bersara nanti,” tambah Abdul

Karim.

Pada Khamis, penyelaras Program RTG Datuk Stuart Ramalingam mengumumka­n pemberhent­ian kedua-dua atlet tersebut daripada program berkenaan disebabkan kegagalan mereka untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris pada Ogos, pada Kejohanan Akuatik Dunia baru-baru ini di Doha, Qatar.

Bagaimanap­un, beliau berkata Pandelela dan Nur Dhabitah akan terus menjadi sebahagian daripada Program Podium.

”Jawatankua­sa akan terus memantau kemajuan mereka dan bekerjasam­a rapat dengan penyelam serta persatuan bagi memastikan keduaduany­a akan menerima semua sokongan yang diperlukan untuk mencari irama mereka semula,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia