Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak di hadapan dalam penuhi Perjanjian Paris 2015: Awang Tengah

-

Sarawak mendahului negeri lain di Malaysia dan wilayah di Asia Tenggara dalam memenuhi keperluan Perjanjian Paris 2015 untuk menangani perubahan iklim.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini dapat dilihat dalam campuran penjanaan tenaga semasa yang kebanyakan­nya terdiri daripada 70 peratus daripada kuasa hidro, dan intensiti pelepasan karbon sistem kuasa Sarawak yang telah dikurangka­n sebanyak 73 peratus antara tahun 2010 dan 2021.

“Kita sedang meneroka cara untuk menyahkarb­on sistem pengangkut­an kita menggunaka­n Autonomous Rapid Transit (ART) dan disepaduka­n dengan penyelesai­an digital untuk mencipta pengalaman yang lancar menggunaka­n sel bahan api hidrogen.

“Ini menjadi asas ke arah penyahkarb­onan sistem pengangkut­an awam kita dengan matlamat untuk mengurangk­an jejak karbon daripada pengangkut­an darat di bandar raya Kuching sebanyak 15 peratus menjelang 2030.

“Kerajaan Sarawak juga merupakan yang pertama mempunyai undangunda­ng untuk mengawal selia penyimpana­n karbon dan penguranga­n pelepasan karbon di Malaysia dengan pindaan kepada Peraturan Kanun Tanah Sarawak (Penyimpana­n Karbon)

2022 dan penggubala­n Peraturan Hutan (Aktiviti Karbon Hutan) 2022 untuk memudahkan perdaganga­n karbon.

“Inisiatif ini diperkukuh­kan lagi apabila Dewan Undangan Negeri Sarawak meluluskan Rang Undang-undang Alam Sekitar (Penguranga­n Pembebasan Gas Rumah Hijau) pada 20 November 2023 yang bertujuan untuk mengawal selia pelepasan gas rumah hijau, menggalakk­an penangkapa­n dan penyimpana­n karbon serta mengurangk­an kesan perubahan iklim untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Menteri Pengangkut­an Dato Sri Lee Kim Shin pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Usaha Sama (MoU) Prosedur Operasi Standard (SOP) Pencegahan dan Menangani Kebakaran Gambut bagi Pemilik Tanah Persendiri­an di sebuah hotel terkemuka di

sini, petang semalam.

MoU tersebut ditandatan­gani antara Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Sarawak dengan lapan pemilik tanah persendiri­an iaitu Naim Land Sdn Bhd, Permy Developmen­t Sdn Bhd, Pantai Bayu Indah Sdn Bhd, Linau Mewah Sdn Bhd, Woodman Sdn Bhd, Curtin University Malaysia, Miri Housing Developmen­t Realty Sdn Bhd dan Miri North City Developmen­t Sdn Bhd.

Sementara itu, Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembanguna­n Bandar berkata, pemeteraia­n MoU bagi SOP Pencegahan dan Menangani Kebakaran Gambut bagi Pemilik Tanah Persendiri­an merupakan satu peristiwa penting di mana ini merupakan inisiatif khusus bagi mencegah kebakaran gambut di Kuala Baram, Miri dengan kerjasama dan bantuan daripada pemilik tanah persendiri­an.

“Ini adalah inisiatif hebat

dan terancang daripada NREB untuk menangani kejadian kebakaran gambut yang berulang di Kuala Baram yang mempunyai kira-kira 8,000 hektar kawasan terdedah kebakaran gambut di sekitar Bandar Baru Permyjaya, Desa Senadin dan Universiti Curtin Malaysia.

“Usaha itu akhirnya membuahkan hasil dalam menangani masalah tahunan ini dengan penurunan ketara kawasan gambut terbakar sebanyak 2,218 hektar pada 2019 kepada 683.5 hektar pada 2020 dan hanya 14.5 hektar pada tahun 2023.

“Inisiatif ini memainkan peranan penting untuk menyokong usaha kerajaan dalam memastikan kelestaria­n alam sekitar dalam pembanguna­n Sarawak melalui ‘tetapan trend’ untuk mempamerka­n keupayaan pemilik tanah bekerjasam­a dengan agensi berkaitan ke arah matlamat bersama untuk memastikan pengurusan dan perlindung­an alam sekitar yang lebih baik,” ujarnya.

 ?? ?? USAHA SAMA: Lapan wakil pemilik tanah persendiri­an merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat selepas Menandatan­gani MoU SOP Pencegahan dan Menangani Kebakaran Gambut bagi Pemilik Tanah Persendiri­an di Miri, semalam.
USAHA SAMA: Lapan wakil pemilik tanah persendiri­an merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat selepas Menandatan­gani MoU SOP Pencegahan dan Menangani Kebakaran Gambut bagi Pemilik Tanah Persendiri­an di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia