Utusan Borneo (Sarawak)

‘Bozz Jebat’ akan dinilai daripada cara beliau mengulas pemimpin: Abd Karim

-

‘Bozz Jebat’ atau nama sebenarnya Zool Amali Husin akan dinilai orang ramai daripada cara beliau mengulas pemimpin, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n itu berkata, manusia kadang-kadang hanya sukakan publisiti murahan dan cuba menaikkan nama mereka di media sosial, tetapi cara mereka meluahkan perasaan tersebut akan dinilai.

“Andabolehm­eluahkandi­ri dalam pelbagai cara kerana Perlembaga­an Malaysia menyediaka­n kebebasan bersuara, hak asasi.

“Tetapi anda mesti tahu cara menggunaka­n kebebasan itu dengan betul. Anda tidak boleh menggunaka­nnya untuk mencaci atau menghasut orang ramai dan seterusnya menjejaska­n keharmonia­n kaum. Inilah yang berlaku kepada ‘Bozz Jebat’,” katanya ketika diminta mengulas isu tersebut pada sidang media di sini, semalam.

Abdul Karim berkata Zool aMALI, bekas ahli UMNO hanya melemparka­n cacian kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dengan mengkritik­nya mengenai pelantikan Datuk Seri Tiong King Sing sebagai Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, sedangkan bukan Abang Johari yang melantik Tiong.

“Dia tidak membuat ulang kaji. Perdana Menteri (yang melantik Tiong). Bagaimanap­un, saya tidak mahu terlalu memikirkan perkara ini kerana tahap dia terlalu rendah untuk saya,” kata Abdul Karim, yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

ADUN Asajaya itu menasihatk­an, bagi sesiapa yang ingin mengkritik pemimpin negeri, mereka mesti mengkaji terlebih dahulu perkara yang dilakukan pemimpin tersebut dan pencapaian telah mereka hulurkan kepada negeri.

“Dia (‘Bozz Jebat’) mengkritik pemimpin kita sesuka hati. Biarkan dia menjadi pariah. Anda boleh mendapat publisiti murahan tetapi ia tidak akan membawa anda ke mana-mana. Orang ramai akan menilai anda dari cara anda memberi komen.

“Ia juga bukan cara yang bagus untuk bercakap dengan pemimpin kita. Siapakah kamu jika hendak dibandingk­an dengan Abang Johari? Ia seperti langit dan bumi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia