Utusan Borneo (Sarawak)

48 pegawai kanan polis hadiri Kursus Penguatkua­saan ATIPSOM

-

Seramai 48 pegawai kanan polis menghadiri Kursus Penguatkua­saan Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) Zon Sabah dan Sarawak yang berakhir semalam.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, kursus bermula 25 Februari itu adalah sebahagian daripada usaha pihaknya yang komited untuk memerangi jenayah pemerdagan­gan orang dan penyeludup­an migran.

Menurutnya, program melibatkan 16 sesi dengan 32 jam waktu pembelajar­an itu dihadiri sejumlah 28 pegawai kanan polis dari Kontinjen Sarawak, manakala selebihnya dari Sabah.

”Kursus melibatkan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJD) itu bakal memperkasa KBSJD sebagai mekanisme kawalan dalaman terbaik dalam memberi tunjuk ajar dan rujukan bagi kes-kes siasatan ATIPSOM dan seterusnya membantu meningkatk­an kadar pertuduhan.

”Ia juga akan meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran secara berterusan, sekali gus mampu mengenal pasti sejauh mana siasatan dijalankan mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan kursus tersebut di sebuah hotel di sini, semalam.

Mancha menambah, kursus tersebut juga akan memperting­katkan kesedaran KBSJD mengenai peranan dan tanggungja­wab dalam pemantauan tindakan risikan dan operasi serta siasatan di peringkat daerah.

Ia katanya, supaya mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

”Kursus tersebut melibatkan penceramah dari lainlain agensi ATIPSOM, terdiri daripada Pejabat Peguam Negara (AGC Sarawak), Jabatan Tenaga Kerja (JTK Sarawak), Internatio­nal Justice Mission (IJM) dan Stop Human Traffickin­g (SHUT).

”Kali terakhir kursus ini diadakan adalah pada 2020. Justeru, penganjura­n tahun ini dilihat sebagai pemangkin kepada kemakmuran bagi memantapka­n kualiti para peserta,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundanga­n) DCP Datuk Rusdi Mohd Isa, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) DCP Fadil Marsus dan Setiausaha Bahagian Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (NSO-MAPO) Syuhaida Abdul Wahab Zen.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: (Dari tiga kiri) Rusdi, Mancha, Fadil dan Syuhaida merakamkan kenangan bersama yang lain sebelum Majlis Penutupan Kursus Penguatkua­saan ATIPSOM Zon Sabah dan Sarawak 2024 semalam.
UNTUK ALBUM: (Dari tiga kiri) Rusdi, Mancha, Fadil dan Syuhaida merakamkan kenangan bersama yang lain sebelum Majlis Penutupan Kursus Penguatkua­saan ATIPSOM Zon Sabah dan Sarawak 2024 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia