Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia gesa anggota UNEA teruskan aspirasi tamatkan pencemaran plastik

Pencemaran plastik adalah satu daripada isu paling mendesak di dunia: Nik Nazmi “Justeru, kami menggesa semua negara anggota untuk mengingati aspirasi Resolusi 5/14 iaitu untuk menamatkan pencemaran plastik.

- Nik Nazmi Nik Ahmad Menteri Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam Sekitar

KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa semua negara anggota Perhimpuna­n Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEA) supaya meneruskan aspirasi untuk menamatkan pencemaran plastik.

Menteri Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pencemaran plastik adalah satu daripada isu paling mendesak di dunia dan merupakan krisis yang semakin kritikal yang berupaya membawa ancaman besar kepada ekosistem.

“Berdasarka­n Resolusi 5/14 UNEA 5.2, Jawatankua­sa Perundinga­n Antara Kerajaan

(INC) sedang membangunk­an instrumen antarabang­sa yang mengikat secara sah mengenai pencemaran plastik.

“Justeru, kami menggesa semua negara anggota untuk mengingati aspirasi Resolusi 5/14 iaitu untuk menamatkan pencemaran plastik,” katanya ketika menyampaik­an Kenyataan Negara Malaysia pada Perhimpuna­n Alam Sekitar Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu keenam (UNEA-6) di Nairobi, Kenya kelmarin.

Nik Nazmi juga menyatakan bahawa Malaysia komited sepenuhnya untuk memainkan peranan penting dalam menangani cabaran alam sekitar global dan telah mengambil pelbagai langkah untuk menyokong agenda biodiversi­ti global untuk generasi akan datang.

“Kami telah melaksanak­an dasar dan inisiatif untuk mencapai kelestaria­n alam sekitar selaras dengan agenda pembanguna­n negara dan matlamat pembanguna­n mampan.

“Tindakan kami juga sejajar dengan komitmen di bawah Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu mengenai Perubahan Iklim dan Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala yang lain,” katanya.

Memetik Perjanjian Paris sebagai contoh, Malaysia menurutnya berhasrat mengurangk­an intensiti karbon seluruh ekonomi sebanyak 45 peratus pada 2030 berbanding paras yang dicatat pada 2005 sebagai Sumbangan Yang Ditentukan Negara.

“Tambahan pula, kami bercita-cita untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau (GHG) bersih-sifar paling awal menjelang 2050 di bawah Strategi Pembanguna­n Karbon Rendah Jangka Panjang (LT-LEDS) kebangsaan yang akan dimuktamad­kan menjelang tahun ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia