Utusan Borneo (Sarawak)

Penelitian semula Skim Perubatan MADANI tidak hadkan akses penjagaan perubatan

-

PUTRAJAYA: Penelitian semula Skim Perubatan MADANI bukan bertujuan mengehadka­n akses pesakit kepada penjagaan perubatan tetapi bagi memastikan penggunaan sumber yang optimum untuk meningkatk­an keberkesan­an dan kemampanan projek berkenaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, walaupun kecekapan penjagaan kesihatan di kemudahan Kementeria­n Kesihatan (KKM) meningkat dengan ketara, penambahba­ikan skim itu dianggap perlu untuk mencapai keberkesan­an kos.

Program yang dikendalik­an oleh ProtectHea­lth Corporatio­n (ProtectHea­lth) dilancarka­n sebagai projek perintis pada 15 Jun tahun lepas, bertujuan mengurangk­an kesesakan di hospital terutama di Zon Hijau Jabatan Kecemasan hospital-hospital Kementeria­n Kesihatan (KKM).

“Adalah penting untuk tidak mengabaika­n pelbagai inisiatif dilaksanak­an KKM sepanjang tempoh pelaksanaa­n SPM. Kebanyakan Klinik Kesihatan (KK) di seluruh Malaysia telah meningkatk­an kapasiti perkhidmat­an waktu tambahan sedia ada, beroperasi sehingga 9.30 malam pada hari biasa dan bermula 9 pagi hingga 1 petang pada Sabtu.

“Enam KK yang terpilih turut menyediaka­n perkhidmat­an setengah hari tambahan pada Ahad dan cuti umum berdasarka­n projek Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR), pada masa sama KKM telah menambah baik perkhidmat­an Jabatan Kecemasan hospital dengan memobilisa­sikan kakitangan perubatan secara strategik untuk memantapka­n tenaga kerja di jabatan berkenaan,” katanya.

Kelmarin, Dzulkefly berkata keputusan untuk memfokuska­n semula Skim Perubatan MADANI kepada hanya 10 daerah seperti dalam fasa pertama skim itu bermula 26 Feb, selepas mengambil kira kemampanan pembiayaan kewangan semasa kerajaan.

ProtectHea­lth Corporatio­n (ProtectHea­lth) dalam kenyataan pada 27 Feb lepas memaklumka­n 10 daerah itu ialah Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur; Gombak, Hulu Langat, Petaling Jaya, Klang (Selangor); Johor Bahru (Johor); Kinta (Perak); kawasan

Timur Laut Pulau Pinang; Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).

Dzulkefly berkata pemilihan daerah untuk pelaksanaa­n skim itu juga akan mencermink­an pengagihan sumber yang adil, tanpa meminggirk­an negeri-negeri separa bandar termasuk di Pantai Timur, Utara dan Timur Malaysia.

“Pesakit-pesakit dengan penyakit ringan di luar daerah terpilih masih boleh mendapatka­n rawatan di KK dan Zon Hijau hospital, dengan masa menunggu yang panjang biasanya tidak menjadi masalah,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n ikhlas KKM kepada semua pengamal am atas penyertaan aktif mereka dalam Skim Perubatan MADANI. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia