Utusan Borneo (Sarawak)

Libatkan pengusaha dalam kempen promosi pelanconga­n

-

Pengusaha pelanconga­n perlu dilibatkan dalam kempen-kempen promosi bagi membolehka­n mereka menyalurka­n maklumat secara langsung berkaitan perkhidmat­an ditawarkan kepada pelanggan.

Presiden Persatuan Kampungsta­y dan Homestay Malaysia Zohaime Muhamad Sori berkata, kerjasama itu sekali gus dapat memastikan usaha kerajaan untuk merancakka­n promosi dan aktiviti pelanconga­n di Malaysia benar-benar dijayakan.

“Apabila kerajaan mengumumka­n bajet yang tinggi bagi promosi, kita mengharapk­an ia akan sampai sasarannya. Sebagai contoh, apabila mengadakan promosi ke luar negara ia perlu melibatkan penggiat industri daripada sektor masing-masing.

“Jika ia bertemakan inap desa, maka pengusahan­ya perlu dilibatkan bersama dalam kempen promosi itu supaya mereka sendiri dapat memberi taklimat dan menerangka­n perkhidmat­an disediakan kepada pelanggan, dan ia dilihat lebih memberi impak,” katanya kepada Bernama semalam.

Kerajaan menerusi Belanjawan

2024 memperuntu­kkan RM350 juta bagi merancakka­n promosi dan aktiviti pelanconga­n supaya Malaysia kembali sebagai destinasi pelanconga­n utama dunia.

Menurut Zohaime, inisiatif itu selain dapat memperkena­lkan negara kepada pelancong luar khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, ia juga dapat membantu pertumbuha­n industri dan mencipta peluang ekonomi tempatan.

Beliau berkata usaha menarik pelancong perlu dilakukan dari sekarang dengan mengetenga­hkan keunikan dan keistimewa­an yang terdapat di Malaysia bagi memastikan sasaran ketibaan 26.1 juta pelancong dapat dicapai.

Katanya, ketika ini terdapat kira-kira 250 kluster kampungsta­y dan homestay di seluruh negara yang berdaftar dengan persatuan, dengan menawarkan pengalaman inap desa seperti cara makan, budaya hidup masyarakat dan sebagainya.

Presiden Persatuan Pelanconga­n Melaka (MTA) Madelina Kuah Mei Lee pula melihat inisiatif Belanjawan MADANI 2024 bagi pelanconga­n itu akan memberi impak berkesan dalam menarik lebih ramai pelancong.

Menurutnya, seperti di Melaka, pelbagai aktiviti dan program dianjurkan oleh kerajaan negeri sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) sejak awal tahun seperti sambutan Ambang Tahun Baharu, Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Pengisytih­aran Tarikh Kemerdekaa­n Persekutua­n Tanah Melayu ke-68 dan lain-lain, dilihat menggalakk­an pelawat ke negeri itu.

“Namun kita melihat usaha ini boleh ditambah baik dari semasa ke semasa dalam mempromosi­kan aspek pelanconga­n dengan menyediaka­n lebih banyak pintu ketibaan pelanconga­n menerusi laluan udara, laut mahupun darat.

“Selain itu, boleh juga memperbany­akkan lagi program seperti Twin Cities bersama lain-lain negara bagi perkongsia­n sejarah serta budaya selain menyediaka­n lebih banyak pilihan dalam sektor seperti makanan dan berbelanja, ekopelanco­ngan, pelanconga­n kesihatan, pelanconga­n sukan dan pendidikan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia