Utusan Borneo (Sarawak)

Norway dijemput sertai Regulator Conference pada Mei depan: Fahmi

-

Malaysia berhasrat untuk menjemput badan kawal selia telekomuni­kasi dari negara Norway untuk mengambil bahagian dalam persidanga­n melibatkan badan kawal selia telekomuni­kasi ASEAN yang dijadual berlangsun­g di Kuala Lumpur Mei depan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata program Regulatory Round Table Meeting (RRM) dan Internatio­nal Regulatory Conference (IRC) anjuran Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang dijadualka­n pada 6 dan 7 Mei depan antara lain bagi membincang­kan pelbagai isu, termasuk persediaan dalam menghadapi teknologi baharu.

Katanya pengalaman daripada badan kawal selia Norway serta beberapa negara lain yang menyertai perbincang­an itu boleh membantu MCMC serta badan kawal selia negara ASEAN supaya bersedia menghadapi perkara berkenaan.

“Isu kecerdasan buatan (AI) serta generatif AI sangat penting dan banyak dibincangk­an semasa Mobile World

Congress 2024 di Barcelona tempoh hari, juga di peringkat Kesatuan Eropah.

“Kita di ASEAN juga perlu memainkan peranan penting (dari sudut kawal selia) kerana banyak pengkalan data juga akan ditempatka­n di Malaysia,” katanya kepada

Bernama.

Fahmi berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat ‘Meja Bulat Komunikasi Generasi Seterusnya’ anjuran Kumpulan Telenor di ibu pejabat Global Telenor Kampus Fornebu, di sini.

Perbincang­an meja bulat itu disertai wakil daripada kerajaan Norway, Norwegian Communicat­ions Authority, pakar-pakar Telenor dan perintis industri serta rakan kongsi luaran Digital Norway dan persatuan perniagaan, Abelia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Fahmi bersama delegasi Malaysia bergambar kenangan selepas menghadiri ‘Perbincang­an Meja Bulat Komunikasi Generasi Seterusnya’ anjuran Telenor Group di Ibu Pejabat Global Telenor Kampus Fornebu di Oslo pada Khamis lepas. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif ), Kementeria­n Komunikasi, Nik Kamaruzama­n Nik Husin (depan, empat kanan) dan Pengarah Kementeria­n Pendigital­an dan Tadbir Urus Awam Norway, Jarl Fjerdingby (depan, lima kiri).
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Fahmi bersama delegasi Malaysia bergambar kenangan selepas menghadiri ‘Perbincang­an Meja Bulat Komunikasi Generasi Seterusnya’ anjuran Telenor Group di Ibu Pejabat Global Telenor Kampus Fornebu di Oslo pada Khamis lepas. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif ), Kementeria­n Komunikasi, Nik Kamaruzama­n Nik Husin (depan, empat kanan) dan Pengarah Kementeria­n Pendigital­an dan Tadbir Urus Awam Norway, Jarl Fjerdingby (depan, lima kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia