Utusan Borneo (Sarawak)

KKM tambah baik fasiliti bantu pesakit kanser kanak-kanak: Lukanisman

- KUALA LUMPUR:

Kementeria­n Kesihatan (KKM) akan memperluas dan menambah baik fasiliti kemudahan kesihatan sedia ada dalam usaha memberikan rawatan terbaik kepada pesakit kanser, khususnya kanak-kanak.

Timbalan Menteri KesihatanD­atukLukani­smanAwang Sauni berkata, tindakan itu perlu untuk meningkatk­an kualiti hidup kanak-kanak yang sedang mendapatka­n rawatan penyakit itu selain memastikan celik terhadap pendidikan kanser.

“Penyakit kanser adalah penyakit yang semakin meningkat di Malaysia terutama melibatkan golongan kanakkanak dan lebih 700 kanakkanak berumur bawah 15 tahun didiagnosi­s dengan penyakit itu setiap tahun atau secara puratanya dua kanakkanak setiap hari.

“Namun dengan kemajuan rawatan sedia ada, peluang untuk pesakit kanak-kanak ini pulih, meningkat secara mendadak dengan lebih 70 peratus daripada mereka telah sembuh. Jadi KKM akan mencari kaedah terbaik bagi memberikan rawatan kepada pesakit kanser kanak-kanak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Karnival dan Kolokium National Childhood Cancer Alliance 2024 di sini semalam yang turut dihadiri 200 pesakit kanser kanak-kanak bersama-sama dengan ibu bapa mereka.

Karnival dan kolokium yang membawa tema Ketahanan dan Keberanian: Membangun Kembali Kehidupan Pasca Kanser Kanak-Kanak itu, mengetenga­hkan perjalanan rawatan pesakit kanser kanak-kanak yang telah pulih termasuk cabaran-cabaran yang dihadapi kanak-kanak kanser dan keluarga.

Pada majlis itu Lukanisman turut menyampaik­an anugerah wira National Childhood Cancer Alliance (NCCA) kepada golongan profesiona­l dan sukarelawa­n bagi menghargai jasa dan pengorbana­n mereka dalam meringanka­n beban yang ditanggung pesakit kanser kanak-kanak dan keluarga mereka.

Lukanisman juga menyeru sektor korporat bekerjasam­a bersama KKM dalam meningkatk­an kesedaran kepada orang ramai tentang penyakit kanser dalam kalangan kanak-kanak.

“Pesakit kanser kanakkanak perlu diberikan perhatian seperti kanak-kanak biasa lain baik dari segi kasih sayang dan pembelajar­an. Diharapkan pejuang-pejuang kanser ini dapat menunjukka­n kepada orang lain bahawa kanser bukanlah satu pengakhira­n,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia