Utusan Borneo (Sarawak)

Petrosains, The Discovery Centre rai ulang tahun dengan pelbagai aktiviti

- Oleh Agnes Tugong PETROSAINS,

The Discovery Centre meraikan karnival ulang tahunnya yang ke-25 selama tiga hari dari 1 hingga 3 Mac dengan pelbagai aktiviti menarik berteraska­n sains, teknologi dan inovasi.

Di Petrosains PlaySmart Centre Kuching yang terletak di Dewan Suarah Kuching di Kuching, karnival dibuka secara percuma kepada orang ramai bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Antara aktiviti di Petrosains PlaySmart Centre Kuching pada 1 Mac ialah Bengkel Robo Bug, Pertunjuka­n Sains (Pertunjuka­n Eat-Prey-Love dan Pertunjuka­n Air) serta Pancasains (Lampu Pintar P25, Ecofeast, Mangrove Marvels dan Wildlife Warrior).

Manakala pada 2 Mac akan diadakan Bengkel Tanglung LED Kek Hari Jadi Ke-25, Pertunjuka­n Sains (Pertunjuka­n Eat-Prey-Love dan Pertunjuka­n Air) serta Pancasains (Lampu Pintar P25, Ecofeast, Mangrove Marvels dan Wildlife Warrior).

Pada 3 Mac pula akan diadakan Bengkel Makhluk Kecil, Pertunjuka­n Sains (Pertunjuka­n Eat-Prey-Love dan Pertunjuka­n Air) serta Pancasains (LampuPinta­rP25, Ecofeast, Mangrove Marvels dan Wildlife Warrior).

Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains, Ezarisma Azni Mohamad berkata, “Karnival Ulang Tahun Ke25 Petrosains merupakan satu sambutan untuk meraikan pengunjung-pengunjung dan komuniti yang telah menyokong komitmen kami selama ini.

“Misi kami di Petrosains kekal konsisten dalam menawarkan pengalaman yang bermakna dan menginspir­asikan untuk meningkatk­an interasi STEM dalam kalangan komuniti kita.

“Kami berharap agar misi ini dapat terus mendorong lebih ramai anak muda untuk mendokong budaya kreativiti dan inovasi berteraska­n sains dan teknologi, demi menyokong aspirasi negara dalam aspek pembanguna­n bakat masa depan,” katanya menerusi kenyataan.

Selain Petronsain­s PlaySmart Centre Kuching, karnival ini turut diadakan di Johor Bahru, Kuantan dan Kota Kinabalu dan di Suria KLCC.

Karnival ini turut mendapat kerjasama rakan Petrosains seperti Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Pusat Sains Negara, Aquaria, Sustainabl­e Energ Developmen­t Authority (SEDA), Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dan Grup Buku Karangkraf bagi menawarkan pelbagai kandungan pembelajar­an dan aktiviti yang interaktif berteraska­n STEM.

Dalampadai­tusejakber­operasi pada tahun 1999, Petrosains serta pusat-pusat satelitnya telah berjaya mendekati dan memanfaatk­an lebih 26 juta individu melalui pelbagai platform pembelajar­an dan pembanguna­n kendiri secara fizikal dan maya.

 ?? ??
 ?? ?? SELAMAT DATANG: Karnival ulang tahun ke-25 Petrosains sedang berlangsun­g di PlaySmart Centre Kuching dari 1 hingga 3 Mac ini.
SELAMAT DATANG: Karnival ulang tahun ke-25 Petrosains sedang berlangsun­g di PlaySmart Centre Kuching dari 1 hingga 3 Mac ini.
 ?? ?? TARIKAN: Tiga pengunjung kanak-kanak memegang sendiri anak buaya hidup yang dipamerkan pada karnival ulang tahun ke-25 Petrosains di PlaySmart Centre Kuching.
TARIKAN: Tiga pengunjung kanak-kanak memegang sendiri anak buaya hidup yang dipamerkan pada karnival ulang tahun ke-25 Petrosains di PlaySmart Centre Kuching.
 ?? ?? SERONOK: Pengunjung menyertai pelbagai berteraska­n sains, teknologi dan inovasi. aktiviti menarik
SERONOK: Pengunjung menyertai pelbagai berteraska­n sains, teknologi dan inovasi. aktiviti menarik
 ?? ?? MENARIK: Bengkel Robo Bug untuk anak-anak pelajar.
MENARIK: Bengkel Robo Bug untuk anak-anak pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia