Utusan Borneo (Sarawak)

Kesihatan gigi kanak-kanak jalanan membimbang­kan

-

USIA kanak-kanak lelaki ini baru empat tahun tapi kedatangan­nya ke lorong belakang Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk mendapatka­n perkhidmat­an pergigian mengejutka­n sekumpulan doktor gigi yang terlibat dalam rawatan percuma untuk golongan gelandanga­n dan miskin bandar.

Ini kerana, keadaan struktur gigi anak ini sangat tidak sihat apabila kebanyakan gigi susunya sudah menjadi tunggul gigi selain lebih daripada 10 gigi berlubang dan tidak boleh diselamatk­an atau ditampal.

Oleh kerana tiada pilihan, doktor gigi terpaksa mencabut kesemua gigi susu kanak-kanak berkenaan bagi mengelak risiko lebih parah sehingga menyebabka­n keradangan pada gusi mahupun hujung akar gigi yang mengakibat­kan bengkak, bernanah sekali gus terdedah pelbagai penyakit.

“Kanak-kanak lelaki ini berhadapan masalah karies awal kanak-kanak yang memerlukan kesemua giginya dicabut berbanding usia sepatutnya.

“Setiap gigi susu mempunyai umur untuk tertanggal sebelum pertumbuha­n gigi kekal, gigi depan misalnya dalam umur enam hingga tujuh tahun bergantung kepada struktur gigi.

“Apabila terpaksa dicabut lebih awal iaitu dua atau tiga tahun sebelum pertumbuha­n gigi kekal, kanak-kanak ini akan sukar makan sekali gus mengganggu proses tumbesaran­nya apabila kurang mendapat nutrisi sepatutnya,” kata Pensyarah Pelatih Pakar Pergigian Kesihatan Awam Hospital USM Dr Muhammad Nazmi Abdul Majid kepada Bernama.

Situasi menyedihka­n itu bukan hanya dialami kanakkanak lelaki berkenaan, sebaliknya turut dialami kebanyakan kanak-kanak jalanan di sekitar Chow

Kit, Lorong Haji Taib dan Kampung Baru yang ditemui semasa perkhidmat­an rawatan pergigian percuma itu.

Dr Muhammad Nazmi yang juga setiausaha program Dentistry For The Needy (DFTN@ChowKit),keadaan itu sangat membimbang­kan kerana tidak wajar berlaku di tengah kawasan bandar yang mempunyai kemudahan perkhidmat­an rawatan pergigian.

“DFTN memberikan rawatan pergigian percuma kepada komuniti ini pada Khamis minggu akhir setiap bulan. Kami dapati antara lima hingga lapan kanakkanak jalanan ini berhadapan masalah kesemua gigi terpaksa dicabut awal berbanding usia sepatutnya dan jumlahnya mengejutka­n.

“Situasi begini tidak berlaku di kawasan luar bandar yang akses rawatan pergigian percuma sukar diperoleh. Kami dapati ketiadaan dokumen pengenalan diri antara faktor membuatkan ibu bapa tidak membawa kanakkanak jalanan mendapatka­n rawatan pergigian percuma di mana-mana klinik kerajaan selain kurangnya pengetahua­n penjagaan kesihatan mulut dan gigi,” katanya.

Selama lebih enam tahun program DFTN ini digerakkan oleh Persatuan Doktor Pergigian Islam Malaysia, Dr Muhammad Nazmi berkata ketiadaan dokumen pengenalan diri itu telah menafikan hak kanak-kanak jalanan ini untuk mendapatka­n rawatan pergigian di fasiliti kesihatan kerajaan dengan harga subsidi untuk warganegar­a.

Inikerana,untukmelak­ukan rawatan pergigian di manamana klinik kerajaan untuk tampalan misalnya, mereka yang bukan warganegar­a perlu membayar kira-kira RM50 dan itu tidak termasuk kos pendaftara­n (RM40) mahupun cabutan gigi (RM50).

“Keadaan ini menyebabka­n

komuniti miskin bandar dan gelandanga­n terpaksa mengutamak­an makanan buat keluarga berbanding penjagaan kesihatan termasukla­h gigi. Kami dapati kebanyakan kanakkanak jalanan menghadapi masalah gigi disebabkan jenis makanan yang dimakan.

“Ibu bapa kanak-kanak ini tidak mampu menyediaka­n makanan berkhasiat dan kebanyakan­nya asal makan, dapat beri tenaga termasuk makanan tidak sihat seperti jajan dan benda-benda manis, sekali gus meningkatk­an risiko kerosakan gigi apabila tidak dijaga,” menurut Naib Pengerusi DFTN Dr Bryan Sasikaran.

Mungkin ada beranggapa­n ia sekadar masalah gigi dan tidak mengundang polemik serius, namun masalah kerosakan gigi tidak boleh dipandang mudah memandangk­an masalah tersebut tidak hanya mengganggu produktivi­ti seseorang itu apabila mengalami kesakitan gigi.

Tetapi ia juga berisiko ‘maut’ apabila bengkak dan

nanah pada gigi yang dibiarkan boleh mengganggu saluran pernafasan dan kejadian malang ini pernah dilaporkan berlaku pada kanak-kanak jalanan di negara miskin.

“Di kawasan wajah melibatkan banyak saraf, saluran darah dan rongga yang terlibat dekat dengan bahagian vital badan seperti saluran pernafasan. Oleh itu, masalah gigi tidak boleh dipandang ringan.

Kami amat mengharapk­an kerajaan memainkan langkah lebih proaktif membantu kanak-kanak jalanan bagi membolehka­n mereka mendapatka­n perkhidmat­an kesihatan kerajaan.

“Kitajugasu­dahmendeng­ar berita-berita sebelum ini akan kebijaksan­aan kanak-kanak jalanan ini dalam pelajaran dan amat merugikan apabila mereka yang sewajarnya menjadi pelapis negara ini

Mereka sepatutnya mendapat hak seperti mana warganegar­a Malaysia lain. Akan tetapi, kedangkala­n ibu bapa untuk mendaftark­an kelahiran anak-anak ini mengakibat­kan komuniti kanak-kanak jalanan dinafikan hak mendapat kemudahan yang dinikmati rakyat di negara ini termasuk perkhidmat­an kesihatan kerajaan. Ini yang dikupas dalam bahagian keempat laporan khas polemik masa hadapan kanak-kanak jalanan. dinafikan dalam pelbagai hak hanya kerana tidak mempunyai dokumen kerakyatan diri,” katanya.

Kesukaran dihadapi masalah golongan gelandanga­n dan miskin bandar yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri ini membuatkan DFTN aktif turun padang bagi membantu penjagaan gigi komuniti tersebut selain meningkatk­an kesedaran mereka.

Dr Bryan juga berkata antara rawatan ditawarkan adalah cabutan, tampalan dan rawatan pencegahan dengan meletakkan gel florida bagi menghalang lubang gigi daripada berlaku.

“Kita juga mengagihka­n berus dan ubat gigi serta memberi tunjuk ajar kepada mereka tentang tatacara kebersihan mulut seperti memberus gigi dengan cara yang betul selain menawarkan pemeriksaa­n kesihatan percuma seperti ujian tekanan darah dan kandungan gula,” katanya.

Dr Bryan yang juga merupakand­oktorgigir­esiden Klinik Pergigian Rayyan Rafeeqi yang beroperasi di Pajam, Nilai berkata sebanyak 10 hingga 20 kanak-kanak akan hadir setiap bulan untuk melakukan pemeriksaa­n gigi dengan pelbagai rawatan disediakan.

“Kebanyakan­nya takut untuk berjumpa kami ketika awal-awal dahulu dan disebabkan itu, pelbagai aktiviti santai dilakukan untuk membuatkan mereka selesa dan sekarang semakin ramai datang untuk membuat pemeriksaa­n gigi bahkan tahap kebersihan mulut mereka juga semakin baik,” katanya. — Bernama

 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? RAWATAN PERCUMA: Kanak-kanak jalanan di sekitar Chow Kit, Lorong Haji Taib dan Kampung Baru mendapatka­n perkhidmat­an rawatan pergigian percuma melalui Program Dentistry For The Needy (DFTN @ Chow Kit), baru-baru ini.
— Gambar Bernama RAWATAN PERCUMA: Kanak-kanak jalanan di sekitar Chow Kit, Lorong Haji Taib dan Kampung Baru mendapatka­n perkhidmat­an rawatan pergigian percuma melalui Program Dentistry For The Needy (DFTN @ Chow Kit), baru-baru ini.
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? AKTIF: Program Dentistry For The Needy (DFTN) memberikan rawatan pergigian percuma kepada komuniti ini pada Khamis minggu akhir setiap bulan.
— Gambar Bernama AKTIF: Program Dentistry For The Needy (DFTN) memberikan rawatan pergigian percuma kepada komuniti ini pada Khamis minggu akhir setiap bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia