Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha kurangkan defisit fiskal perlu diteruskan: PM Anwar

-

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu usaha untuk mengurangk­an defisit fiskal negara diteruskan agar ia tidak membebanka­n generasi akan datang.

Beliau berkata usaha dan inisiatif berterusan itu penting untuk negara mencapai sasaran defisit fiskal yang lebih rendah dan pada masa yang sama dapat terus mengembali­kan keyakinan pelabur dalam dan luar negara untuk melabur di negara ini.

“Pelaburan (negara) masuk dengan rekod tertinggi dalam sejarah kerana keyakinan pelabur domestik dan luar.

“Inflasi kita juga berada di tahap rendah dan kadar penganggur­an juga kian rendah,” kata beliau pada Majlis Sambutan Hari Hasil ke-28 di sini semalam.

Sehingga akhir Disember 2023, jumlah keseluruha­n hutang kerajaan adalah sebanyak RM1.17 trilion atau 64.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Pertumbuha­n hutang pada 2023 ialah 8.6 peratus lebih rendah berbanding 2022 yang mencatatka­n 10.2 peratus.

Malaysia sebelum ini dilaporkan telah mencatatka­n jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak

RM329.5 bilion pada 2023 iaitu 23 peratus lebih tinggi berbanding 2022, sekali gus menjadikan­nya yang tertinggi dalam sejarah negara.

Bagi tahun ini, Menteri Pelaburan, Perdaganga­n dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan berkata prospek pelaburan Malaysia dijangka kekal cerah dengan pertumbuha­n minimum sekurangku­rangnya lapan peratus hingga 10 peratus.

Sementara itu, Anwar berkata walaupun negara kini dicabar dengan kejatuhan nilai ringgit tetapi Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Jawatankua­sa Dasar Monetari telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk mengekang mata wang tempatan daripada terus menjunam.

“Tidak wajar untuk dikaitkan dengan soal ringgit (yang rendah) padahal inflasi kita juga berada di paras yang rendah.

“Semasa berlaku krisis kewangan 1998, nilai ringgit jatuh merudum dan inflasi terus melonjak. Pelaburan juga tiada, penganggur­an meningkat dan syarikat yang jatuh muflis mencecah ratusan ribu.

“Hal sedemikian tidak berlaku pada masa ini dan kita harus melihat dalam konteks keseluruha­n,” kata beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia